~assalamualaikum ini adalah cerita hatiku اهلا وسهلا ومرحبا بكم ~

Selasa, 12 Mei 2015

Special 4 U Ladies



Carilah Lelaki yang Mampu Jadi Imam

“Abang..hari tu ingat period dah habis. Ayang dah mandi, dah solat. Tapi hari ni keluar balik..kira period balik ke bang? ”
” Maybe kot. Try search kat google..”
” Dah tapi macam tak paham sangatla bang. Erm, Kak Erma cakap dekat masjid belah pagi ada kuliah muslimat, ada ustazah ajar masalah-masalahmacam ni..”
“Buat apa..cari je kat youtube. Banyak kuliah-kuliah dalam tu. Lagipun abang sibuk, mana sempat nak hantar nak ambik kat masjid..”
Dan si isteri terus terdiam. 3 tahun perkahwinan, isu yang sama berulang, si suami pula terus menerus memberi alasan.

*****************
Asal kepada seorang wanita adalah pengikut. Ertinya, dia berhajat kepada pemimpin dan pembimbing.
Asal kepada seorang lelaki pula adalah ketua. Ertinya dia merupakan seorang pemimpin dan pembimbing.
Sebab itu dianalogikan suami sebagai imam.
Apa peranan imam dalam solat?
Guide makmum, kan? Apabila selesai dibaca Al-Fatihah, makmum mengaminkan bacaan tersebut. Apabila imam rukuk, makmum ikut rukuk. Apabila imam sujud, makmum ikut sujud.
Bagaimana pula jika imam tersalah rakaat? Atau terlupa dalam bacaan surah?
Makmum menegur. Lelaki bertasbih, perempuan bertepuk. Ada tatacara dan tertibnya.
Analogi ini suatu yang besar jika benar-benar diaplikasikan dalam hidup.
Dalam solat, ada imam dan ada makmum dengan segala tatatertibnya.
Di luar solat, ada ketua dan ada pengikut dengan segala undang-undang dan aturannya.
Begitulah indahnya Islam. Ia datang untuk menjernihkan hidup manusia dan memastikan manusia hidup dalam aturannya yang benar, betul dan tepat.

PERKAHWINAN

Ia bukan perjanjian sehari dua atau sebulan dua. Bukan juga sampai tua.
Ia perjanjian sampai mati.
Justeru, sebelum berkahwin, mesti fahami peranan masing-masing dalam perjalanan panjang tersebut.
Suami terutamanya. Jangan seronok sahaja kerana digelar ketua. Tetapi tidak pula bersedia bersungguh-sungguh untuk menjadi seorang ketua.
Ada tanggungjawab yang besar Allah bebankan seusai lafaz akad nikahmu.
Jangan hanya seronok tersengih-sengih dan bergambar mesra ( kemudian ditayang sehabis bangga di alam maya ) tetapi bab bersuci pun entah ke mana. Haid dan nifas dianggap sebagai ‘bab orang perempuan’ yang tidak perlu diketahui oleh lelaki.
Sebab itu tidak pelik, ada suami menengking isteri bila disoal tentang itu.
” Awak kan perempuan? Hidup dah bertahun-tahun takkan awak tak pandai-pandai lagi bab tu?! ”
Suami yang bertanggungjawab tidak akan mengungkapkan kata-kata seperti itu. Hakikatnya, ia adalah ungkapan alasan bagi suami yang mahu lari dari tanggungjawab.
Bukankah mengajar isteri fardhu ain itu suatu perkara wajib bagi suami?
Bukankah kalau isteri jahil tentang bab-bab haid, nifas, istihadhah dan sebagainya maka suami yang akan menanggung dosanya?
Bukankah menjadi kewajipan bagi seorang suami menghantar isterinya ke kelas agama jika dia tidak mampu mengajar perkara-perkara tersebut?

MENCARI SEORANG IMAM

Tak kacak tak apa, sebab lelaki memimpin bukan dengan kekacakan.
Tak kaya tak apa, sebab kekayaan bukan asbab hebatnya kepimpinan.
Ada lelaki rupanya tidak kacak, kulitnya gelap tetapi penampilannya kemas dan kefahaman agamanya cukup baik.
Namun ada ramai juga lelaki yang kacak, tetapi rambutnya panjang tidak terurus, pakaiannya selekeh dan tidak langsung menggambarkan ciri-ciri seorang pemuda Islam. Kefahaman agama dianggap perkara remeh.
Saya sebutkan ini kerana saya kira, memilih seorang imam tidak mudah.
Mungkin ramai wanita akan bertanya, bagaimana mahu memastikan dia seorang imam yang baik?
Ada yang merasakan lelaki kaki masjid itu terbaik sebagai imam.
Ada yang merasakan lelaki pandai bertazkirah agama itu terbaik sebagai imam.

Ada juga yang merasakan lelaki ‘berpengajian agama’ itu paling baik sebagai imam.
Saya geleng kepala.
Sungguh. Ia susah kerana sebagai manusia, kita hanya penilai zahiriah sedangkan batiniahnya, hanya Allah yang tahu.
Pun begitu, saya suka mencadangkan.
Sebagai wanita, anda diberi satu tempoh yang istimewa sebelum anda sah bergelar isteri kepada seorang lelaki. Tempoh itu dinamakan tempoh ‘suai-kenal’ atau istilah rasminya , bertunang.
Ramai orang tidak menggunakan tempoh ini sebaik mungkin. Ada yang belum apa-apa, sudah meletakkan ‘sepenuh ketaatan’ kepada si tunang. Ada yang melayan borak siang malam sampailah kepada bertemu di taman dan tengok wayang.
Jangan tiru tabiat-tabiat seperti itu. Bukan sahaja agama mengatakan ia sebagai tidak baik, bahkan akal juga mengatakan demikian.

MANFAATKAN TEMPOH BERTUNANG

Itulah satu-satunya tempoh terbaik untuk anda menguji sejauh mana si lelaki mampu menjadi imam kepada anda nanti.
Menguji itu tidak salah. Gunalah pelbagai method yang ada. Jangan mengintip dia di bilik tidur sudah.
Antara method yang mungkin anda boleh gunakan adalah, method perbincangan.
Jangan lupa, waktu berbincang itu, antara anda dan dia bukan suami isteri. Justeru, tidak ada ‘kewajipan’ sebagai isteri yang perlu anda tunaikan di ketika itu. Demand anda masih tinggi. Anda masih boleh mengatakan ‘tidak’ kepada dia jika tidak kena caranya.
Method berbincang, jika kena caranya, boleh memberi gambaran yang baik adakah si lelaki sudah menepati ciri-ciri seorang imam ataupun tidak.
Malangnya, method perbincangan ini tidak banyak digunakan dengan betul. Antara sebab utamanya adalah, sudah jatuh hati dan berpendapat, tiada jalan untuk berpatah balik melainkan meneruskan perkahwinan, biarpun tersingkap seribu kekurangan.
Tanpa sedar, ia mencacatkan hikmah sebuah pertunangan.

ASALKAN DIA BAIK ?

Biarlah dia tidak pandai agama pun, asalkan dia baik. Dia sayang saya, prihatin dan saya yakin dia mampu membahagiakan saya.
Alhamdulillah, anda telah menemui seorang lelaki yang baik.
Tetapi kita di sini tidaklah bercakap perihal baik atau tidak.
Sama juga dengan soalan skeptik : habis, orang tutup aurat semua baiklah?
Ustaz Azhar Idrus jawab : belum tentu, tapi orang yang baik mestilah akan menutup aurat.
Ini pun serupa. Bukanlah lelaki yang meremehkan soal agama itu tidak baik, tetapi seorang lelaki yang baik pastilah tidak akan meremehkan soal agama.
Dia pastilah seorang lelaki yang benar-benar mempunyai ciri-ciri seorang imam.
Nah, carilah lelaki jenis itu sebagai suami. Lelaki yang mampu menjadi imam, dalam dan luar solatmu.
Lelaki yang bertegas denganmu dalam hal-hal agama, dan berlembut denganmu dalam hal-hal dunia.
Bukankah dirimu mahukan perkahwinan itu sampai ke syurga? Bagaimana mungkin seorang lelaki yang tidak tahu jalan ke syurga boleh membimbingmu untuk sampai ke sana?
Buatlah pilihan dengan bijak.
Carilah untuk dirimu seorang IMAM, bukan semata-mata seorang jejaka.

“CARILAH”
LELAKI yang MAMPU menjadi IMAM untuk KAMU,
Yang MENITISKAN AIR MATANYA apabila MELIHAT
KESAKITAN KAMU KETIKA MELAHIRKAN ZURIATNYA ,
Dan LELAKI yang MEMBANGUNKAN KAMU untuk BERIBADAT
BERSAMA – SAMA DI SEPERTIGA MALAM .
JIKA PENCARIAN ITU TELAH KAMU TEMUI , JANGAN LUPA
BERSYUKUR KEPADA-NYA . jadilah, PERMAISURI HATINYA , PENEMAN DIKALA SUKA dan DUKA, PENGUBAT RINDU dan LARA..

#Renungan

Selasa, 28 April 2015

SUKSIS FAMILY~

Bismillahirrahmirrahim...

Assalamualaikum semua..terlalu lama sangat rasanya tak update blog nie..sampai kawan2 pun aa yang tanya x update blog ke faeza..hahaha.. berapa bulan ini amat bz dengan program SUKSIS dan di fakulti..x sempat nak update,,haha..btw mmndgkan prgrm Suksis agak pack sem nie..so..nk update about Family of Suksis... ^_^

Di sinilah ku kenal erti persahabatan terutamanya bersama mereka yg berlainan agama dan bangsa..

Di sinilah ku temui keluarga dan adik beradik yg mmg pelbagai ragam dan gaya..

Di sinilah ku belajar erti disiplin, kerjasama, kepimpinan, semangat kesukanan dan sebagainya..

Thats is Family of Suksis... Just one word I want to say about them...They're AWESOME!!!!!

Selama 6 tahun..aq di bumi sekolah agama yg hanya dikelilingi rakan2 berbangsa Melayu..namun,takdirNya aq masuk ke UKM dan terpilih utk berada dalam Suksis..aq bertemu dgn rakan2 yg berlainan bangsa dan agama..semuanya (Melayu, India, Cina) merupakan adik beradik yg amat aq sayang dlm Suksis nie...haha

Dengan mereka...terutama Skuad Intermediatte..

Gurauan dan gelak tawa menghiasi hari2ku..

Sedih dan Gaduh turut mewarnai hari2 kami..

Pelbagai rasa dikongsi bersama sama ada susah mahupun senang..

Merekalah sahabat2ku..bukan sekadar kawanku.. (ada beza antara kawan dan sahabat :P )

Sem depan kami akan menjadi Skuad Senior..hmm..Masa berlalu dengan sangat pantas... Jauh di sudut hati..sedih rasanya bila tiba saat2 akhir di dalam Suksis nnti.. :'(

Moga ukhuwah dan pershabatan berkekalan hingga ke akhirnya.. :)

#FamilyPotrait   #WeAreRare #SebabSemua


SUKAT 2015 ( org dah gerak balik kami sempat amik gmbr,,haha)


KASSIS 2015 ( time jd penyokong setia bola sepak,,haha,,berhujan utk support..sayang inter! )


Kem menembak (sedih x dpt hadir..tp bangga dgn skuad Inter..we are Champion!!yeah.. )


Kem Pertolongan Cemas ( suka persekitaran kt sini..ala2 musim luruh..haha)


Program Jalinan Mesra bersama USM 


Sukat 2015 (One Big Family!! #SebabSemua # WeAreRare)


KASSIS15 (Bersama member rapat dalam suksis..sayang semuanya :)


Kassis15 (smpi nk trjatuh amik gambar,,yola,,pantang nmpk camera..haha)


Sukat15 (nie bersama team member yg join Marathon 4km..huhu)







Sabtu, 7 Mac 2015

Kata Ibarat Pedang

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah masih diberikan ruang dan nafas..dlm menyampaikan dakwah kpd sahabat2 semua .. Moga semua di bawah rahmat dn hidayahNya.. Lama sudah tidak menulis tinta di blog ini..Agk sibuk dgn amanah yg Allah taklifkan di bumi UKM.. ^_^

Sepanjang berada di UKM..Macam2 ragam kawan..member yg dpt dilihat..diperhati..dn dinilai..hmm

"Bodohla kau"

"Wtf"

"Bab1"

Itu antara kata2 yg kasar yg sering didengari trutama dr kaum adam..namun ku akui...ada segelintir kaum hawa juga turut berkata sedemikian..hmm..

Sesuatu kata2 sngt penting utk dijaga dn dipelihara..kerana apa??

Kerana kata kita jd insan yg dikagumi org lain...

Kerana kata kita jd insan rujukan org2 sekeliling..

Kerana kata kita jd manusia yg bermanfaat..

Namun.............

Kata2 itu bisa jdkan kita dibenci org lain..

Kata2 itu bisa jdkan org sekeliling jauh dr kita...

Dan kata2 itu bisa jdkan kita manusia yg buruk dn hina di mata insan sekeliling kita...

~Tepuk dada tanya iman kita...Kita nak di posisi yg mana! :)

Jagalah tutur bicara kita...

Peliharalah butir kata kita...

Kerana..tak semua org boleh terima dgn kata2 yg kasar dr kita...

Tak semua org boleh terima dgn gurauan yg mnghiris hati..

Tak semua org boleh terima dgn teguran yg kasar dr kita...

Fikir2kanlah...

Guna ungkapan kata yg baik2...

Guna teguran dakwah secara hikmah..

Sungguh..HATI manusia itu sensitif...walau secara zahir..kita nmpk org sekeliling kita ok dgn kata2 kita..namun ..secara batin...kita tak tahu..Hanya Allah yg Tahu..Hmm..

Kata itu ibarat pedang!!

Boleh mnjd suatu benda yg bantu kita kearah kebaikan...

Dan ia boleh jd suatu benda yg sngt bahaya utk kita sehingga mmpu 'mmbunuh'....

Na'uzubillahuminzalik...Moga Allah sentiasa pelihara kita.. ^_^

#JagaKata2 #BerhikmahlahDalamBerkata


Sabtu, 7 Februari 2015

Genap 21 Tahun

Bismillahirrahim...

Sungguh lama rsenye x menulis tinta di blog nie...bnyk aktiviti dn ursn yg mndatang...smpi x ter'update' blog nie...hihihi :-D

"Sanah helwah faeza"

"Selamat hari lahir serikandi"

"Happy birthday liana..kawen jgn lupa jemput"

"Moga trus kuat dan brjaya dunia akhirat"

Itulah antara ucapan2..nasihat2..yg diberi dr family sndiri..sedara mara..kawan2 yg mengenali diri ini...smpai x trjawab ucapan2 semua..biasala bila hari lahir..mmg wish xkn dapat lari..haha..pepun..jazakumullah diatas sgala ucapan yg diberi dr sume yg bg ucapan..dan mendoakan... ^_^

1994  : aq dilahirkan ke dunia yg penuh mihnah ini..
1995- 1998 : bertatih dlm mengenal dunia..mula berjalan..menangis.. (fitrah dak kcik..hihi)
1999-2000:  diri nie mula mengenali huruf..nombor.. (zaman tadika daa..haha)

___________________

2001-2006:  zaman skola bermula..pakai beg baru..de pensil box sndiri..mula mengenal dgn lbh mndalam cara mengira..membuat karangan..brmain muzik..join prtandingan..hahaha..( zaman skola rendah)

2007-2009:  mula masuk ke alam sekolah menengah...mcm2 yg dipelajari..PMR bermula..kenakalan juga menguasai diri..haha..kena rotan dgn guru disiplin~haha..kepimpinan jgk telah dilatih dalam masa nie..

2010-2011 : bermula tingkatan 4 dan 5...focus to SPM..mcam2 dugaan msa nie..dugaan dlm kepimpinan..sikap kawan2..bnyk mematangkan diri nie...

___________________

2012:  mnyambung pelajaran di peringkat STAM..walau dalam 10 bulan blaja..mcm2 yg dpt dipelajari..dugaan di skola baru..pahit manis..perasaan dnn hati diuji saat ini...mcm2..ini merupakan tahun terakhir untkku..sbgi pelajar SEKOLAH..hmm.. (rndu sngt zaman skola.. :'( )

2013: mula berjinak2 dalam pekerjaan..sambil menanti result utk degree ke Universiti...walau x lama..tp alam pekerjaan..mmg mematangkan diri..bila berhadapan dgn org yg x dikenali..org2 yg lebih dewasa dr kita..tahun ini..tahun yg sngt sedih..arwah abah pergi meninggalkan aq dan family..ermm..dugaan sngt kuat untukku..dalam msa yg sama persiapan perlu dibuat utk melangkah ke menara gading yg mrupakan harapan arwah abah..utk melihat ku ke menara gading... :'(   harapan utk ku ke bumi Anbiya' tidak kesampaian..pesanan arwah abah yg x mngizinkan ku ke sana..ku akur.. segala ketentuanNya..ku cuba terima dgn hati yg kuat dan tabah... :'(  ku melangkah ke UKM dgn azam dan smgt dr family dn memgang sgala pesanan arwah abah...insyaa allah..aq akan belajar brsungguh2.. :'( 

2014 : alam universiti..penuh cabaran dn dugaan..kepimpinan dlm rentak universiti..berjumpa dgn kwn2 baru..muslim..non-muslim..sngt seronok..alam universiti..makin mematangkan diri ini dalm brhdapan dgn dunia luar dr alam persekolahn dlu..persoalan hati dan perasaan juga diuji..tp ku cuba tepis sebaik mungkin..kerana matlamat utama ku ke universiti..ingin mmbrikan segulung ijazah..dan kejayaan buat family aq..aq ingin merealisasikan impian arwah abah utk melihatku berjaya..namun..ku tidak menidakkan persoalan jodoh..insyaa allah..smpai masanya..hati nie..akan trbuka utk jodoh yg ditetapkan olehNya... ^_^

____________________

2015 (21 TAHUN) 

kini genap umurku 21 tahun..azamku..moga aq terus smgt dan kuat dalam menghadapi setiap dugaan di muka bumi ini..tinggal setahun setengah utk aq menghabiskan degree ku di bumi UKM..moga Allah terus kuatkan diri ini..moga diri ini dpat mnjd insan yg brmanfaat utk insan sekeliling..dan membanggakan family...itu impianku..moga hati ini tidak terpesong dan trpengaruh dgn godaan dunia yg sngt kuat.tetapkan hati nie Ya Rabbi.. :'(  soal jodoh mngkin blm msanya..insyaa allah Kau yg tahu dimanakah 'dia'..ku yakin dgn janjiMU dalam surah An-Nur ayat 26..ku sedang cuba membentuk diri..mmpersiapkan diri..dalam mnjd seorg wanita dan isteri yg solehah!.. moga Allah bantu diri ini..insyaa allah ....aq nk bantu keluargaku..hmm..itu impianku..:'(  :'(  :'(

_________________________________________________________________

# Moga diri ini terus thabat di landasan perjuanganNya...

# Saat ini..jauh di sudut hati..ku rindu dgn arwah abah..ku rindu ucapan dari arwah abah...moga arwah abah tenang kat sana..doa akk sentiasa utk abah..Akak rindu abah! Akk akn ingat segala pesanan abah kt akk sblm abah tnggalkan dunia ini..nasihat abah sntiasa mnjd pegangan akk..insyaa allah akk jaga mama dan adik2 sebaik mungkin..Akak sayang ABAH!!!!!! :'(  :'(  

# Mama dan adik abg sumber kekuatan diri ini dalam menempuh hidup di dunia ini..moga mama dn adik abg sentiasa dlm perlindunganNya..doa akk sentiasa utk family..Allah ada dgn kita walau di mana kita berada!!

Okla..itu saja cerita hatiku ari nie..aq harap aq akn trus kuat..hati dan diri ini MilikNya..moga Kau sentiasa bantuku Ya Rabbi..Kau sentiasa disisiku saat aq susah senang...^_^ 




Khamis, 11 Disember 2014

Hatiku MilikNya

Bismillahirrahmanirrahim....

Alhamdulillah diberikan kesempatan utk menulis tintaku disini....busy x trhingga rasanya..tmbh2..nak final..lbh kurang 2 mnggu lg... so bnyk yg perlu disiapkan..dn di submit...biasalah lumrah student...hihi... btw ingin berkongsi dengan sahabat2 semua something..hihi..

Sejak dr sekolah..persoalan hati..sngt aq sukar utk menjawabnya...sangat rumit utk aku rungkaikan...Namun..Junior2..sahabat2 yg dikasihi.. banyak brtanyakan soalan ini kepadaku...

"Akak cmne ye..kita minat sngt kt abg sorg nie..."

"Akak kita bnyk kali buat istikharah..nmpk dia je cmne?"

"Faeza..ko en kawan aq..cmne ye kita nk jaga hati nie..?"

"Faeza..cmne kita nk tw seseorang lelaki itu serius dgn kte..?"

Erm..mcm2 yg diadukan..walau sngt berat ingin ku menjawabnya...tambah2 lg..hakikatnya aq tiada pengalaman...ya ku akui..namun..tugas sebagai da'ie..ku galas sebaik mgkin..ku jawab sehabis mungkin..supaya mad'u dapat memahami segala yg ku sampaikan...Jujur ku katakan..ia bukan mudah..kita x berada di tempat mad'u...hmmm...

Bagiku persoalan hati..persoalan cinta belum masanya utk kufikirkan...alhamdulillah hati ini masih dalam pemeliharaanNya..selama diri ini masih bernafas..terima.kasih Rabbi..ya mungkin..kdg2 aq melukai hati sang Adam..aq mohon maaf...namun ketahuilah ia bukan niatku...sebenarnya ku jaga hati ini..hanya utk yg halal buatku..ya..bukan mudah..tp itu yg aq pegang..Hati ini..ku serahkan pada sang Khaliq utk satukan ia dengan insan yg aq tidak ketahui spe...hmm..

Apa yg aku tahu..ku cuba bimbing diri menjadi seorg wanita solehah..ku sedang mentarbiyah.diri mnjd hambaNya yg bertaqwa...Prinsipku..tntg persoalan hati dan cinta..

"Jika kita rebut cinta Allah dan RasulNya..Allah akan hantarkan seseorang utk cintakan kita...yg turut cintakanNya dan.RasulNya.."

Ya...fitrah manusia..ingin dicintai dan disayangi..tapi..rebutlah cinta yg hakiki..Percayalah kita xkn rugi...sikit pun x..
Lirik lagu yg sentiasa ku ingati dn ku pegang sejak dari sekolah....

"Cintakan bunga..bungakan layu..."
"Cinta manusia....manusiakan pergi..."
"Cintakan rasul..Cinta Sejati..."
"Cintakan Allah...kekal abadi..."

Jauh di sudut hati...ku berdoa..moga hati ini trus thabat(tetap) kepadaNya..tidak trlalu mengejar cinta manusia yg x psti..moga hati ini trus trpelihara dari godaan syaitan dan nafsu diri..dan ku akui..ku berdoa moga Allah temukan aq dengan insan yg soleh dan selari dgn saranan Nabi Muhammad SAW berkaitan jodoh...

Buat bakal imamku....diri ini masih berada di fasa tarbiyah..menjadi yg trbaik buatmu...khususnya mnjd wanita yg hebat di pandanganNya..nantikanlah diriku...persiapkanlah juga dirimu..moga kita dipertemukan di waktu..dan masa yg akan ditentukan olehNya nanti..Insyaa allah... Sama2 kita yakin dengan janji Sang Khaliq dgn Surah An-Nur ayat 26...^_^

~HatikuMilikNya~

#MogaBermanfaat






Selasa, 4 November 2014

AirMata Kekuatan

Bismillahirrahmanirrahim....

Alhamdulillah diberi kesempatan utk menulis tintaku disini....

Hari nie.. (4/11/204) xtaw kenapa sayu sungguh hati...saat sedang berbicara dgn seorg kakak satu kos..teringat perbualan brsama seorg ustz yg ku kagumi...

"Faeza..cmne blaja?ok?dah lama nk tnye..suksis (badan bruniform polis di universitiku) sibuk ke???"

Menunduk kepalaku di hadapan ustz....

"Xla ustz..sejujurnya..suksis mmg x gnggu sy langsung..."

Sebenarnya ada perkara yg lain mngnggu yg mnyebabkan jatuh....ya!ku akui... :'( agak lama berbual dgn ustz..sebab ada bnda penting yg dh lama aq nk tnye..akhirnya terjawab...bicara akhir ustaz..

"Faeza kuat! Mesti boleh..bnyakkan berdoa padaNya..kalau ada pape masalah boleh bgtw.."

"Terima kasih ustz...insyaa allah" jawabku perlahan...

Tiba2 menitis air mata wanitaku di hadapan kakak nie..ble tringat balik bual bicara dgn ustz...ya..diri nie sangat sukar menitis air mata..hnya Dia yg tahu saat bila hati ini terusik...ketika bila hati ini sedih...
Dia jugalah yg memberikanku kekuatan..Terima kasih cinta hatiku...Allahu Rabbi.. :'(

Kakak nie memberikanku semangat..terima kasih kak! ^^ jujur aq xtw kenapa..sem nie sngt menguji imanku..sangat mencabar masaku dalam mmbahagikan antara belajar dan amanah yg ditaklifkan...kadang2 aq rasa x snggup nk galasnya..
ya...kadang2 aq jatuh..menangis....xde spe yg tahu....

Saat ini...tintaku diiringi dgn butir2 mutiara dr mataku....ya..aq kalah!berikanlah aku kekuatan ya rabbi... aq x kuat....

Bayangan wajah mama bermain di mindaku...nasihat penuh hikmah arwah abah terngiang2 di telingaku....memberiku semangat dan memujuk hati ini.... :'(

Kata2 Imam As-Syafie membelai hati ini..3

"Org berilmu dan beradab xkn diam di kampung halaman"

"Berlelah-lelahlah..manisnya hidup terasa setelah lelah berjuang"

#Antara wasiat Imam Syafie tntg kehidupan...^^

"Sabar menghadapi musibah adalah sebesar-besar erti sabar di mana sabar itu sendiri memerlukan kesabaran pula. Bala dan musibah menunjukkan adanya perhatian dan kasih sayang Allah. Oleh itu, bersyukurlah kerana syukur yang sedemikian setinggi-tinggi erti syukur."

Ku pujuk hati dengan kembali padaNya...ya..sesungguhnya Dialah yg Maha Mengetahui apa yg terbaik utk hamba2Nya....

Sungguh menuntut ilmu itu bukan sesuatu yg mudah...memerlukan kesabaran dalam menimbanya...samala juga dengan amanah...sebenarnya ia mendidik kita supaya mnjd org yg bertanggungjawab...

Jika diteliti..ianya ujian dr Sang Khaliq yg mahu melihat sejauh mana kita bersabar..sejauh mana kita menahan serta menghadapi segala duri2 ini..jalan2 berliku dalam mencapai sesuatu yg kita nak..yg pling penting dalam mencapai mardhatillah dalam setiap perkara yg dilakukan... ^_^

Bersabarlah wahai hati...jika airmatamu jatuh saat dirimu menahan kesabaran..menanam kekuatan dalam mehnah dunia...biarkanlah ia jatuh....lepaskannya...insyaa allah selepas itu dirimu akan menemui ketenangan...diiringi doa yg x putus2 kepadaNya.. :)

Dikau boleh hadapinya wahai diri! Terima dengan hati yg redha ^^
~waallahu'alam~

Sabtu, 11 Oktober 2014

Jangan Tabarruj!

Bismillahirrahmanirrahim...

Ku mulakan tinta hari nie..dgn TABARRUJ....apa itu tabarruj..mksd die secara ringkas..berlebih2 dalam brhias..perkara nie mungkin nampk remeh bg sesetengah kaum hawa di luar sana...bg aq sejujurnya..aq takut dgn bnda nie..risau dibuatnya..sebab...kita tak tahu pandangan org trhadap kita..walau kita rasa kita biasa je..bukan pe takut jadi FiTNah....hmmm

Duhai kaum hawa yg disayangi sekalian...

Kalian adalah fitnah yg paling besar di bumi yg fana ini...kerana apa?
Kerana kalian...kaum adam bisa tumbang...
Kerana kalian...boleh trcetusnya pergaduhan dan pergolakan....

Allahu...fikir2kanlah..sebagai wanita..aq risau...ya..tersangat risau dan takut...moga Allah jauhkan diri ini dr mnjd fitnah di luar sana...

Sungguh kaum hawa yg ku hormati sekalian...

Kalian adalah kelompok yg paling ramai di dunia ini..berbnding kaum adam..
Kerana kalian...kaum adam boleh menjadi positif atau negatif...
Ya..kaum adam bisa jatuh atau bangkit kerana insan bergelar WANITA..
Peliharalah diri dan maruah kalian..
Seperti mana kalian menjaga barang kesayangan kalian...
Perelokkanlah akhlak dan peribadi kalian...
Kerana akhlak dan peribadi yg mulia itu dinilai insan sekeliling...

Peringtan ku tujukan buat diriku juga yg sentiasa dlm kealpaan...

Sungguh diri ini banyak salah dan silap...

Janganlah kita menjadi fitnah kepada kaum adam diluar sana...sama2 kita perbaharui diri...

Duhai kaum adam yg dirahmati Allah sekalian..pimpinlah kami...betulkanlah kami andai tersalah langkh...jangan kalian tinggalkan kami terus dalam fana dunia..

Ya..hakikatnya..kaum adam dn kaum hawa diciptakan utk saling melengaapi...
Indah sungguh ciptaan Illahi....

Bersederhanalah dalam perhiasan kalian kaum hawa....simpanlah ia utk yg HALAL buatmu...waallahua'lam... :-) 

-coretan serikandi_liana-

Rabu, 8 Oktober 2014

Dimanakah Nilai Allah????

Bismillahirrahmanirrahim....

Ku mulakan tinta yg telah lama x di update...allahu..amanah di sekeliling sehingga tidak dapat mnyampaikan dakwahku melalui tinta yg x sberapa ini...allahu...Astaghfirullhal'azim...mungkin salahku tidak dapat mngurus masa dgn baik..allahu akbar..banyak khilafku... �

Tatkala ini..aq terngiang2 butir bicara sinis Dr.Zul Azmi di dalam kelas pagi tadi.......

"Dimanakah nilai Allah dalam diri kamu?"

"Adakah Allah yg utama dr segala2nya bagi kamu?"

Allah...kalam yg sngt menusuk hati...sindiran yg menyentap jiwa....ya..aku akui...benar dan tepat soalan Dr.ditujukan kpd kami semua...katanya lagi...

"Kita dapat menilai sejauh mana Allah di hati kita..waktu melaksanakan solat Subuh..."

Pelik kami satu kelas seketika...masing2 tertanya2....Sambung Dr...


"Adakah kamu mandi sebelum solat Subuh???pakai wangi2??"


Allah.....tertusuk hati..mndengar kalam Dr...�

"Sedangkan kamu bila nak pegi kelas..jumpa kawan2...pkai wangi2..bersih..cantik2???"

Allahu..tertampar sekali lagi dengan butir bicara Dr.Zul Azmi....�

Terdiam kami satu kelas...tidak ada yg bersuara..masing2..mendiamknn diri...menginsafi diri barangkali... hmmm...

Walau kita lihat hnya Solat Subuh yg dibahaskan dn dipersoalkan oleh Dr.tapi..kita lihat makna dan maksud yg ingin Dr.sampaikan pada kami...Sungguh sedih hati...pilu jiwa ini...terasa makin kerdil di hadapan Sang Khaliq... �

Benar Allah sentiasa bersama kita..umat manusia..Persoalannya..adakah kita sentiasa bersama Allah..mendekatkan diri padaNya??? 

Tepuk dada..Tanya Iman....

Sungguh peringatan khas buat diri ini...sekadar ingin berkongsi dgn sahabat2 semua...moga kita semua terpelihara di bawah rahmat Illahi....allahumma aamiin.. ^_^





Khamis, 22 Mei 2014

Gula-gula Kesabaran

Bismillahirrahmanirrahim...alhamdulillah dpt update blog ari nie..sesungguhnya sem nie sangat bz..kdg2 sampai xtw nk bahagi mne satu..antara tnggungjawab terhadap pelajarn..tnggungjawab terhadap agama..Allah..mmg diri nie x kuat..Keriangan dan keceriaan hanyalah diluaran semata-mata..dlam hati nie..hanya Kau yg tw.. :(  kalam semangat dr mama  menyebabkan air mata ini mengalir..

"kakak, msti kuat, jgn mcm nie.."
"klu akk x kuat..mcm mana mama nk kuat.."
"akk mesti boleh..mama yakin dgn akk.."

Andai arwah abah ada..pasti arwah abh akn katakan perkara yg sama..Al-Fatihah utk arwah abah..
Sesungguhnya Ya Allah ku mohon kekuatan dr Mu..hanya Kau tempat aq bergntung..Hanya Kau yg memahami keadaan diri ini..kesedihan dn kegelisahan di hati nie..tatkala diri nie kesedihan..kesedaran menerpa diri..sesungguhnya ini adalah ujian yg kecil drNya utk setiap hambaNya..Astaghfirullhal'azim..Ampuni dosaku..Ku pujuk hati agar bersabar dn tabah dlm menerima dugaan dr Sang Khaliq..

Ku harungiLiku-liku kehidupanKu titip rahmat dan redha AllahMakin pula aku diuji dari segenap pelusuk

Ku bertahajjud kerna KasihMUMasih aku diberi ujian yang menggentarkan imankuKu mohon di sujud tahajjud kuAgar aku bisa menempuh ujian yakni hadiah tanda Sang Pencipta menyayangikuSyurga itu mahal harganya untuk dibandingkan dengan ujian sekecil ini

Layakkah aku jika kesabaran aku tidak setinggi curahan KasihNyaAllahu Rabbi…tetapkan aku di jalan kebenaran iniTidakkan aku mencari ayat-ayat cintaNya dari kitab Al-Quran

Di saat hati ku gentingKau kirimkan angin kasihMu bahawa Kau sentiasa dekat dengankuKau kirimkan sahabat-sahabat yang membawa aku mengingatiMu selaluKau kirimkan teguran yang tidak putus-putus
Sabar itu separuh daripada imanSabar itu juga ciri-ciri ahli syurgaSabar yang pada mula itu pahit akan manis akhirnyaSeperti manisnya gula-gulaYakni gula-gula kesabaran atas keredhaanMu Ya Allah

Lalu…Goyahkah aku pabila diberi ujian yang sekecil iniTidakkah aku menitip seerah-seerah terdahuluAllahu Allah..HambaMu ini yakin bahwa dia perlu bersabar....
Ye..ku akui..inilah kalam yg mesti aq pegang dalam menerima mehnah drNya yg x henti2.. iaitu SABAR
bersabarlah wahai hati..sesungguhnya hidup di atas muka bumi ini..bukan hanya kn dikelilingi dgn kesenangan semata-mata..ia dipenuhi juga dengan kesakitan,,kepayahan..Untuk mengejar syurgayg diidami oleh setiap umat Islam..buknnya mudah perlu menyelusuri jalan yg penuh duri dan berliku...
p/s : wahai sahabt2ku..belajarlah utk bersabar dalam menerima setiap ujian drNya..terimalah dgn hati yg redha..insyaa allah de hikmah yg terindah drNya yg kita sebagai hamba x pernah mengetahui..ikhlaslah dlm melaksanakannya..pesanan khas buat dri ini..umu wt sume shbt2 yg ku kasihi hanya keranNya,, :)
Sekian..wassalam..Insan yg penuh Khilaf

Selasa, 11 Mac 2014

Allah adalah sebaik-baik perancang

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum,,,nie btul2 lama dah x update blog,,rindu pula rasanya utk menulis di sini...Sesungguhnya...mmg terasa kesibukan utk sem ini...dr buka sem,,hinggalah sekarang..SEM 2 pun dah mula...Alhamdulillah result yg dbrikan oleh kekasih hati, Allahu Rabbi sngt mengembirakan...benarlah percaturan Allah adalah yg sebaik2nya...walau macam mana kita lakukan..andai Allah telah menetapkan sesuatu sama ada ianya sama dengan kehendak hati atau tidak,,,belajarlah utk REDHA!!He's know everything about us.. :)

"Allah!penatnya rasa... "

Kalam yang sering diungkapkan oleh setiap insan bila menghdapi keletihan dalam melakukan sesuatu..termasuklah diri yg menulis tinta ini..kadang-kadang rasa nk menangis bila memikirkan banyak perkara yang hendak dilakukan dlm masa yg singkat...ku pujuk hati yg resah dan gelisah ini agar sentiasa yakin yg Allah akan bantu dn mudahkan...dalam usaha kita menimba ilmu..dlm usaha kita mendakwah insan lain..kesabaran yg sngt tinggi diperlukan dlm diri setiap insani..

"Inna Sobrun Jamil" (sesungguhnya SABAR itu indah)

"Innallahama'assobirin" (sesungguhnya ALLAH bersama org2 yang sabar)

Ungkapan yg selalu menemani diri ini..tatkala diri mula rasa ingin jatuh,,,x kuat...bantuku Ya Allah!Permudahkanla segala urusanku!  :'(

Teringat pesanan dan nasihat arwah abah yg sentiasa memberikan kalam semangat supaya tabah dan kuat jika ingin mencapai sesuatu kejayaan...

"kejayaan tidak datang bergolek,,perlu usaha yg sungguh2 utk mencapainya..belajar btul2..dan yakin dgn Allah...Allah akan bantu " (kalam nasihat arwah abah kepadaku)...
mmg tidak dinafikan jauh di sudut hati ku rindu dgn arwah abah (Ya Allah Kau cucurilah rahmat keats roh ayahku)....ats pesanan arwah abah ku teruskan perjuangan di UKM...wlaupun perancangan awalnya adalah menuntut ilmu di Bumi Anbiyak (Mesir)..tp perancangan Allah lbh hebat,,disebabkan pergolakan yg berlaku di Mesir...arwah abah,,berpesan supaya sambung di UKM...seminggu sebelum masuk UKM...arwah abah meninggalkan dunia ini..dgn pelbagai kalam nasihat yg dbrikan kpd diri ini...ku yakin ada hikmah di sebalik setiap percaturan Allah...Alhamdulillah kini sudah sem 2 diri ini di UKM... kata-kata semangat dr arwah abah...mama,,,adik,,abang,,,saudara mara yg menjadi pembakar semangat utk terus menuntut ilmu di UKM ini...

#redhalah di atas setiap ketentuan Allah ke ats kita...
#bimbing diri ini,,keluargaku.. agar sentiasa dalam rahmat dan petunjukMu...









Sabtu, 1 Februari 2014

Tautan Hati

Assalamualaikum,,,lme x bukak blog nie..bz dgn urusan di Universiti,,,allahu akbar! skg cuti semester, di rumah,,..tiba2 ku teringat bait kata2 dalam novel Tautan Hati..hasil karya Ustzh fatimah Syarha..novel yg bnyk memberi 'Ibrah kepada diri nie,,utk mnjd hambaNya yg lebih bertaqwa dan menjadi seorang wanita solehah..kata2 ini ku petik dari coretan surat seorang kakak usrah kepada adik2 usrahnya...selamat membaca dan menghayati..

Adikku,
Sesungguhnya kejadianmu terlalu indah,
Tercipta daripada tulang rusuk Adam yang bengkok untuk dilindungi dan disayangi,
Bukannya dicipta daripada kepala untuk disanjung dan dipuja,
Bukan pula diciptakan dari kaki untuk dipijak dan dijadikan hamba sahaya. Lantaran daripada keindahan ciptaanmu itu,
Kau umpama sekuntum bunga yang mana harum aromamu bisa menarik perhatian sang kumbang untuk mendekatimu,
Adakah semudah itu kau ingin menyerah diri pada sang kumbang?
Renunglah pada keindahan bunga mawar yang unggul terjaga berpagarkan duri sebagai bentengnya. Dari kejauhan keharumannya mencuri perhatian. Kalaulah warnanya yang memancar indah menjadi tarikan. Namun, Lantaran pagaran duri yang berbisa itu, sang kumbang tertunduk kagum terhadap keindahan yang terjaga hinggakan ia berfikir beberapa kali sebelum mendekatinya.

Adikku,
Akuilah hakikat kejadian dirimu yang menjadi pelemah keimanan lelaki. Seandainya pakaian malu kau tinggalkan daripada tubuhmu dan perbatasan aurat kau pandang sebarangan,
Jadilah dirimu hanya sekuntum bunga yang indah tapi sayang tidak berduri.
Kau tidak layak lagi dimahkotakan sebagai si mawar berduri.
Sesungguhnya utusan Allah ada mengatakan tentang bahaya dirimu.
"Tidak ada fitnah yang lebih besar setelah wafatku selain daripada fitnah yang berpunca daripada wanita"
Adakah kau mahu menjadi penyebab terhadap terhumbannya lelaki ke neraka??
Ingatlah duhai Adikku Sayang,
Ingatlah bahawa ciri-ciri seorang wanita solehah ialah dia tidak melihat lelaki dan lelaki tidak melihat kepadanya kecuali atas urusan yang diizinkan.
Sesuatu yang tertutup itu lebih indah!!
Alangkah baiknya jika kau memelihara keindahan dirimu sebagai hadiah yang kudus, suci, mahal dan berharga buat kumbang terpilih yang telah dijanjikan Allah buatmu.
Indahnya hidup ini andai melayarinya dengan bernaungkan keredhaan Allah, bertunjang ilmu dan kebenaran, bersulam akhlak penuh menawan.
Sesungguhnya wanita solehah itu menjadi idaman setiap insan soleh bernama Adam,
"Wanita yang baik itu adalah untuk lelaki yang baik..."
Ya Allah! jadikanlah kami bidadari syurga...

#Sesungguhnya diri ini tidaklah begitu baik dan hebat seperti yg lain,,seperti mujahidah2 zaman Rasulullah SAW..akan tetapi diri ini sedang berusaha untuk menjadi seorang mukminah sejati yg cantik dan hebat dimata Illahi..dn sedang berusaha untuk menjadi seorang wanita solehah untuk insan yg bergelar ADAM yg telah Dia tetapkan untukku..dri nie berpegang dgn janji Allah di dalam surah An-Nur ayat : 26..bantuku Ya Rabbi,,untuk sentiasa memperbaiki dn mentarbiyah dri nie serta sentiasa di dlam petunjuk dn HidayahMu.. :'(
#sekadar perkongsian bersama sume sahabat2 muslimat yg ku kasih dan cinta hanya keranaNya..sama2 kte memperbaharui diri..

Isnin, 27 Januari 2014

Imam Hasan Al-Basri


Mutiara Kata Imam Hasan Al-Basri
“Aku menasihati kamu bukan bermakna aku adalah yang terbaik daripada kalangan kamu atau orang yang paling soleh, kerana aku juga pernah melakukan kesilapan. Andainya seseorang itu hanya menyampaikan dakwah apabila merasakan dirinya sempurna, maka tidak akan ada pendakwah. Jika itu berlaku akan sedikitlah orang yang memberi peringatan”
Imam Hasan Al-Basri adalah salah seorang daripada Ulama’ terkemuka dari kalangan Tabi’in yang banyak berguru dengan para sahabat Rasulullahi Sollallahu Alaihi Wassalam. Beliau lahir di Madinah pada tahun 30 hijrah iaitu 642masihi, dan dijaga oleh isteri Rasulullah SAW yang bernama Ummu salamah ummahatul mukminin.
Beliau pernah dibawa oleh ummu salamah ke majlis para sahabat, dan Umar Al-khattab Radhiallahu anhu mendoakannya; “Ya Allah, jadikanlah Dia faham agama dan jadikan orang-orang mencintainya”.
Imam Hasan Al-Basri menduduki Iraq iaitu di kota Basrah disanalah berkembangnya ilmu fiqh yang hebat. Kata-katanya sering dijadikan teladan ummat yang terkemudian, diantaranya:
Mutiara Kata Pertama.
‘Wahai anak Adam! Kalian tidak lain hanyalah dari kumpulan hari, setiap satu hari berlalu maka sebahagian dari diri kalian pun ikut pergi’.
Memahami kata-kata ini, kita yakin dan sedar kepentingan masa yang terlalu singkat dan bermakna, samalah satu kata hikmah mutiara dari imam hassan al-banna, kewajiban adalah lebih banyak daripada masa.
Masa samalah seperti hari yang bakal kita lalui esok, lusa, minggu depan dan tahun depan dan seterusnya, mungkin sebelum ini ada yang belum berkahwin, rupa-rupanya sekarang mereka sudah melaluinya, mungkin pada masa ini kita jarang menunaikan ibadah dengan khusyu’ rupa-rupanya nanti kitalah orang yang paling menyesal di saat ajal makin hampir. Muhasabah, muhasabahlah.
Awaslah kita dengan kecurian, terutama kecurian masa!
Tertarik dengan kata-kata dari Ustaz Khairul Anuar Reduan Calon Phd Ilmu Hadis Universiti Wise Jordan iaitu, mahu melihat seorang pemuda yang hebat, lihatlah pada waktu beliau menjaga waktu solatnya, kalau dijaga waktu solatnya, jangan diabaikan bersahabat dengannya, kerana masa kita pasti terjaga.
Solat..solat..solat, teman-teman intabih (ingat)lah! Jagalah solat kita, masa kita sering berubah, namun solat bukan alasan untuk ditinggal, bukan kerana kita punyai 4 musim yang Allah ciptakan, musim panas, salji, luruh, dan bunga..lihat saja contoh dalam satu mazhab yang lain iaitu Imam abu hanifah[mazhab hanafi] begitu menekankan solat berjemaah sehinggakan pandangan ulama’ menyatakan jika hujan turun hendaklah dijamakkan solat yang empat rakaat, iaitulah zuhur dan asar, maghrib dan isya’.
Ambillah kebaikan itu dari satu sudut, mereka tidak mengabaikan waktu berjemaah di Masjid, subhanallah, inilah yang para pemuda wajib contohinya.
Solat berjemaah menyatukan mukmin dan mukminat.
Solat berjemaah menjadikan hati kita lebih khusyu’ untuk menghadap Allah SWT.
Solat berjemaah menguatkan kesatuan Ummat Islam yang digeruni musuh-musuh Islam.
Kehidupan yang baik dillihat pada diri seorang insan yang mampu menjaga Solat Jemaahnya.
Mutiara Kata Kedua.
‘Di antara tanda berpalingnya Allah Subhanahu Wa Ta’ala dari seorang hamba adalah Allah menjadikan kesibukannya pada hal-hal yang tidak bermanfaat baginya.’
Mendalami kata-kata ini, membuatkan perasaan kita menjadi gerun, bahkan kalaulah diambilberat dengan kalam mutiara ini, ummat Islam paling meruncing tahap kesibukannya, mengalahkan raja atau perdana menteri pun ada!
Walhal Allah Subhanahu Wa Ta’ala menetapkan setiap manusia agar sering beribadah kepadaNya, buatlah apa jua kerja yang penting ada nilai Ibadah disisiNya, terutama apa yang dilakukannya itu kerja-kerja perjuangan, dari sekecil-kecil hal hinggalah Islam mencapai kesyumulannya ia adalah Ibadah disisiNya.
Bagi kita penuntut Ilmu Agama Allah, lagilah perlu menyibukkan diri dengan memahami Ilmu-ilmu yang terlalu luas umpama tujuh lautan terbesar dunia ini, bahkan lebih dari itu, tak cukup masa membedah ilmu-ilmu Ulama’ tapi kita yang sibuk dengan urusan yang melalaikan diri. Usah kita menyesal di kemudian hari.
Teruskan berjuang wahai penuntut Ilmu Agama Allah. We can do its!
Mutiara Kata Ketiga.
‘Semoga Allah merahmati seorang hamba yang merenung sejenak sebelum melakukan suatu amalan. Jika niatnya adalah kerana Allah, maka ia melakukannya. Tapi jika niatnya bukan kerana Allah maka ia menghalangnya.’
Tiba-tiba, teringat kejadian di China, Foshan, Wilayah Guandong, berikutan kemalangan tragis yang melibatkan kanak-kanak kecil.
Yang akhirnya meletakkan nilai moral pada ummat manusia, manakala Islam ajarkan Akhlak Mulia, namun tiada bagi agama lainnya. Maka moral juga yang membimbing bukan Islam. Kalau moral baik dilakukan suatu tempat itu maka baiklah masyarakat disitu.
‘yue-yue yang digilis oleh dua kenderaan dipandu manusia yang takutkan undung-undang ciptaan manusia.’
Insiden berkenaan menyaksikan kanak-kanak perempuan yang berusia dua tahun itu dilanggar dua kali oleh dua van berlainan di sebuah jalan raya. Kanak-kanak itu yang berlumuran darah dan terbaring di tepi jalan, tidak langsung dibantu oleh lebih 10 orang yang lalu lalang di jalan yang sempit itu.
Pemandu van putih yang pertama melanggar kanak-kanak itu meninggalkan mangsa kecilnya itu berlumuran darah di tepi jalan. Kira-kira enam minit kemudian, lebih 10 orang lalu di jalan itu dan tidak seorang pun melakukan apa-apa untuk membantunya.
Kanak-kanak itu kemudian digelek oleh sebuah van lagi dan hanya selepas itu seorang wanita tua yang mengutip sampah membantu mangsa. Wanita tua itu memberitahu ibu kanak-kanak itu mengenai nasib malang anaknya.
Sedih melihat moral manusia yang rendah, terkadang lebih hina dari haiwan, sehingga sekarang doktor mengesahkan kanak-kanak itu koma dan ‘mati otak’ dan sedia menerima kematian bila-bila masa.
Ironinya Ummat Islam melakukan sesuatu perkara dengan niatnya, maka dengan niat itulah memandu perbuatannya, Islam memberi jalan supaya ummatnya berfikir sebelum melakukan sesuatu amalan. Hebat aturan Allah.
Mutiara Kata Keempat.
‘Jangan pula kamu merasa tenteram dari bahaya dosa-dosa yang kamu lakukan, kerana sesungguhnya kamu tidak mengetahui apakah Allah mengampuni dosa-dosa kamu tersebut atau tidak.’
Manusia yang hidup melata diatas muka bumi Allah ini, melakukan pelbagai perbuatan, termasuklah makan, minum, perkahwinan, jual-beli, perniagaan, ibadah seharian.
Disamping disana terdapat makhluk Allah yang melakukan kezaliman yang nyata, menindas golongan miskin, merampas harta, merebut kekayaan, rasuah yang berleluasa, pemimpin yang zalim. Dan akhirnya Allah tunjukkan pengakhiran golongan yang zalim itu. Dua pilihan samaada di dunia lagi mendapat kecelakaan waimma di akhirat sama mendapat azab seksaanNya juga.
Firman Allah Ta’ala:
Dan apabila orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami itu datang kepadamu (dengan tujuan hendak bertaubat dari dosa-dosa mereka), maka katakanlah: “Mudah-mudahan kamu beroleh selamat! Tuhan kamu telah menetapkan bagi diriNya untuk memberi rahmat (yang melimpah-limpah): bahawasanya sesiapa di antara kamu yang melakukan kejahatan dengan sebab kejahilannya, kemudian ia bertaubat sesudah itu, dan berusaha memperbaiki (amalannya), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”.
[surah al-an'aam ayat 54]
Dengan menangguhkan balasan hukuman, Allah memberi masa kepada mereka untuk memohon ampun dan bertaubat. Walau sebesar manapun dosa yang dilakukan, seseorang itu akan diberi peluang untuk dimaafkan jika dia bertaubat dan memperbaiki diri dan akhlak yang mulia.
Hakikatnya jangan pula kita merasa selesa dengan dosa yang dilakukan, kerana dosa atau maksiat yang dilakukan itu akan kekal selamanya, terutama mereka yang menjadi pemimpin pada ummat, jika dosa yang dilakukan pada rakyatnya maka tanggungannya hattalah selesai hari perhitungan/yaumul hisab di hari akhirat.
Pemimpin juga ditanya Allah di hari akhirat, tentang kepimpinannya pada rakyat dibawah tanggungannya.
Mutiara Kata Kelima.
‘Sesungguhnya Allah telah menetapkan kematian, sakit dan sehat (bagi setiap hamba-Nya). Barang siapa mendustakan takdir maka sesungguhnya ia telah mendustakan al-Qur’an. Dan barang siapa mendustakan al-Qur’an, maka sesungguhnya ia telah mendustakan.’
Allah SWT yang menciptakan dan menentukan semua perkara dan peristiwa; sebagaimana mereka bermula dan bagaimana mereka akan berakhir. BahawasaNya Allah SWT menentukan setiap pergerakkan bintang-bintang di langit, setiap keadaan benda hidup di bumi, cara seseorang akan hidup, apa yang dikatakan oleh seseorang, dan apa yang seseorang itu akan alami dan temui, dalam aturannya.
Maha suci Allah yang menciptakan sesuatu, dalam firmanNya:
Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi, dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (Lauh Mahfuzh-pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; Sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.
[surah al-hadid ayat 22]
Jadi kita mesti sedar dan insaf akan realiti ini, dan seharusnya tidak bertindak seperti orang-orag yang menafikannya. Apabila kita mempunyai kefahaman bahawa hidup ini adalah “mengikut qada’ dan qadar ketentuan Allah” maka nantinya mereka tidak akan merasa kecewa atau takut apabila berlaku apa-apa musibah atau ujian.
Yakinlah kita seperti Rasulullahi Sollallahu Alaihi Wassalam menyakinkan Saidina Abu Bakar As-siddiq radhiallahu anhu di dalam gua tempat mereka bersembunyi ketika peristiwa hijrah ke Madinah.
Mutiara Kata Keenam.
“Wahai anak Adam, juallah duniamu untuk akhiratmu, niscaya kamu untung di keduanya, dan janganlah kamu jual akhiratmu untuk duniamu, kerana kamu akan rugi di keduanya. Persinggahan di dunia ini sebentar, sedangkan tinggal di akhirat sana sangatlah panjang.”
Begitulah mutiara hikmah para Ulama’ terdahulu yang mesti kita simpan menguatkan bekalan kita menuju destinasi akhirat. Wawasan akhirat bukan wawasan 2020 lagi!
Alhamdulillah, semangat pemuda-pemudi yang ada dalam diri kita setakat ini tidak luntur lagi, mudah-mudahan bertambah istiqamah. Namun, satu peringatan buat sahabat-sahabat yang berjuang, ingatlah cabaran semasa yang datang cukup-cukup besar dan perlukan semangat tadhiyyah yang kukuh dan konkrit.
Ingin menegakkan kebenaran di zaman kini cukup-cukup memerlukan kekuatan, ironinya yang mempertahankan kebenaran dicantas habis, walaupun hujah mereka adalah sangat kukuh.
Diriwayatkan oleh Nu’man Bin Bashir Radhiallahu anhu; Sabda Nabi Sollallahu alaihi Wassalam:
“Perumpamaan orang yang melaksanakan ketetapan-ketetapan Allah dengan mereka yang berada di dalamnya adalah seperti satu kaum yang berkongsi sebuah kapal. Sebahagiannya duduk di bahagian atas dan sebahagian yang lain berada di bahagian bawah. Mereka yang duduk di bahagian bawah apabila hendak mengambil air akan melalui mereka yang di bahagian atas kapal. Mereka pun berkata: Apa kata jika kita tebuk sahaja bahagian kita (bawah) untuk mengambil air maka kita tidak akan mengganggu mereka yang berada di bahagian atas. Jika mereka dibiarkan menurut kehendak mereka maka semuanya akan binasa. Sebaliknya jika ditegur dan dibimbing, maka mereka dan kesemua penumpang akan selamat”.(Riwayat al-Bukhari)
Dan akhirnya mereka yang melihat wawasan akhirat akan berjaya lagi di dunia bertambah memperoleh kejayaan di akhirat kelak.
Saya simpulkan kata-kata hikmah mutiara Imam Hasan Al-Basri ini dengan kisah yang bermutu mesti dihadami para pemuda-pemudi medan nafar ini:
Seorang pemuda mendatangi Imam Hasan al-Basri dan mengadukan masalah yang sedang ia hadapi kepadanya. Pemuda tersebut berkata, “Saya telah berusaha untuk bangun berjaga untuk solat malam, akan tetapi sampai saat ini saya masih belum mampu untuk melaksanakannya.” Al-Hasan al-Basri menjawab, “Dosa-dosamu telah menghalangimu untuk melakukannya.”
Demikianlah, beberapa kalimat penuh hikmah, mutiara islam, dari salah seorang Ulama Tabi’in yang patut kita teladani. Semoga bermanfaat semua..