~assalamualaikum ini adalah cerita hatiku اهلا وسهلا ومرحبا بكم ~

Sabtu, 19 Oktober 2013

Karya-karya Ibnu Tufail




3.1       KARYA-KARYA IBNU TUFAIL

Ibnu Tufail adalah seorang doktor, ahli falsafah,ahli matematik, penulis dan penyair yang terkenal dari Muwaddin Sepanyol tetapi karya-karyanya yang banyak telah hilang di saat terjadi kekacauan dan peperangan di Maghribi dan hanya sedikit sekali yang dikenali orang.
            Sebenarnya Ibnu Tufail lebih menggemari merenung daripada kecenderungan untuk menulis, disebabkan itu tidak hairan jika hasil karyanya sedikit untuk generasi berikutnya. Namun beberapa buku biografi menyebutkan bahawa ia sempat menulis sejumlah buku dalam beberapa bidang iaitu, falsafah, fizik, kejiwaan dan kedoktoran. Diriwayatkann Abdul Wahid  Al-Marakasy, Ibnu Tufail telah meriwayatkan buku yang banyak yang telah dibaris dengan tangannya sendiri dalam falsafah, ilmu jiwa dan banyak dari syair-syair. Miguel Casiri(1122H/1710M-1205H/1790M) menyebutkan 2 karya yang masih ada, iaitu : Risalah Hayy Ibnu Yaqzan dan Naskhah Asrar Al-Hikmah Al-Mashriqiyyah.
Menurut Ibnu Khatib terdapat 2 buku dalam bidang perubatan yang dikatakan merupakan karya Ibnu Tufail, yang ditulis dua orang muridnya yang dipersembahkan kepada Ibnu Tufail, iaitu karya Al-Batruji berjudul Kitab Al-Hai’ah dan karya Ibnu Rushd berjudul  Fi Al-Buqa’Al-Maskunah wa Al-Ghair Al-Maskunah (في البقع المسكونة والغير مسكونة)
Ibnu Abi Ushaibia’ah ketika membahas tentang latar belakang Ibnu Rushd bahawa beliau  menyebutkan nama kitab karya Ibnu Tufail adalah Fi Al-Buqa’ Al-Maskunah wa Al-Ghair Al-Maskunah, Ibnu Rushd juga berkata dalam bukunya Ilahiyyat( Teologi) buku ke-12, bahawa Ibnu Tufail memiliki pemikiran yang sangat hebat tentang kejadian-kejadian baik internal mahupun external.
            Abu Ishak Al-Batruji dalam salah satu risalahnya tentang ilmu falak menyebutkan bahawa Ibnu Tufail mempunyai pandangan tentang ilmu falak yang sangat sesuai untuk mengatasi permasalahan dan memahami pandangan-pandangan Batlimus tentang falak.




3.1.1    Falsafah Hayy Ibnu Yaqzan

Buku falsafahnya (Hayy Ibnu Yaqzan) yang ditulisnya diterjemahkan ke dalam Bahasa Latin, Philosophus Autodidactus, pertama kali beredar di Barat tahun 1671. Buku tersebut dialihkan bahasakan oleh Edward Pocoke. Terjemahan bahasa Inggerisnya pertama kali ditulis oleh Simon Ockley dan diterbitkan pada tahun 1708. Novelnya diterjemahkan ke dalam bahasa Latindan Inggeris. Novel terjemahan itu kemudian mengaspirasikan Daniel Defoe untuk menulis Robinson Crusoe, yang juga menceritakan gurun pasir dan novel pertama dalam bahasa Inggeris. Novel ini juga terinspirasi dari konsep Tabula Rasa(fitrah-red) yang dikembangkan dalam An Essay mengenai Human Understanding (1690) oleh John Locke, seorang mahasiswa Pococke.
            Hayy Ibnu Yaqzan (Hidup Anak Kesadaran), di Barat dikenali sebagai Philosophus Autodidactus telah menorehkan tinta emas di atas lembaran sejarah sebagai salah satu karya paling berharga yang pernah ada dalam bidang falsafah.Penulisan Ibnu Tufail yang menakjubkan diri ini juga disebut menjadi lambing diri beliau iaitu “Oriental Wisdom”. Buku ini diinspirasikan oleh Ibnu Sina (Avicennism) dan Suffism menyebutkan beberapa karangan Ibnu Tufail yang berkait tentang falsafah fizik, falsafah metafizik, kejiwaan dan sebagainya.Tetapi hanya karya Hayy Ibnu Yaqzan yang sampai kepada masyarakat kini.
            Sebenarnya judul buku falsafah ini sangat panjang iaitu Hayyu Ibnu Yaqzan Fi Asraril Hikmah Al-Masyriqiyyah, Istakhlasha-Min Durari Jawahiri Al-Fadhilur- Ra’is Abi’ Ali Ibnu Sina Al-Imam Al-Failasuf Al-Kamil Al-‘Arif Abi Jaafar Muhammad bin Tufail.
            Dikatakan risalah Hayy Ibnu Yaqzan ditulis atas permintaan salah seorang kawan Ibnu Tufail untuk menjelaskan falsafah timur, seperti yang disebut pada kata pengantarnya sebagai berikut :
“Wahai saudara yang mulia engkau minta agar aku mungkin dapat membuka rahsia-rahsia falsafah timur yang lepas oleh Abu ‘Ali Ibnu Sina. Ketahuilah bahawa orang-orang yang mengingkari kebenaran yang tak berisi keraguan lagi, maka ia harus mencari falsafah itu dan berusaha memilikinya”
                                                                                                                           (Edward : 1903)

Ibnu Tufail memulakan cerita HayyIbnu Yaqzan dengan menghubungkan kaitkan 2 saingan cerita asalnya, iaitu menandakan saingan yang saintifik dan cerita keagamaan yang semulajadi serta asal kehidupan manusia. Sebenarnya semua pemikiran Ibnu Tufail tercatat  dalam Hayy Ibnu Yaqzan. Tujuan penulisan beliau adalah untuk melihat kebenaran (Al-Haqq) menurut cara yang telah dilalui oleh para  Al-Zauq dan Musyahadah yang telah mencapai tingkat kewalian. Selain itu, untuk membangkitkan minat atau sebagai galakan agar manusia bersedia menempuh jalan itu. Ibnu Tufail bnyk terpengaruh dengan falsafah Plato dalam mengarang buku ini. Ditulis pemikiran-pemikiran beliau dalam bentuk novel alegori yang mengaitkan gabungan falsafah antara akal dan agama dalam pencarian kebenaran yang hakiki.
            Novel ini mengisahkan dua jenis kehidupan manusia di dua pulau, iaitu kehidupan individu manusia dan kehidupan masyarakat manusia. Kedua-dua kehidupan tersebut mempunyai perbezaan dari sudut pemikiran dan ma’rifah masing-masing.Terdapat tujuh fasa yang telah dijelaskan di dalam novel Hayy Ibnu Yaqzan, iaitu :
a a) Hayy dijaga dan dibesarkan oleh seekor rusa betina (gazelle) sehingga dapat mengetahui tingkah laku dan bahasa binatang di sekelilingnya. Dia mula melihat perbezaan di antara dirinya dengan bintang-binatang lain dan mula menutupi tubuhnya dengan daun dan bulu. Bahkan dia menyimpan makanan sebagai persiapan.
b b) Rusa yang memelihara Hayy mati. Dia berusaha untuk mengetahui penyebab kematian  rusa ini dan binatang-binatang lain. Hasil penyelidikannya, beliau menemukan bahawa jantung yang berhenti menandakan berakhirnya kehidupan seseorang manusia itu. Hayy mula  mengetahui jiwa merupakan penggerak bagi jasad.
c   c)  Hayy mengetahui kewujudan api, kegunaan dan sumbernya. Beliau merasakan api dapat memberikan penerangan dan membangkitkan kepanasan.
d d)Hayy mengetahui kesatuan dan keberagamaan pada jasad dan jiwa. Pada tahap ini pemikirannya sampai kepada pengakuan Tuhan dan mula mempercayainya.
e e)Hayy merenung ke langit dan memerhatikan benda-benda yang terdapat di langit. Berdasarkan penelitiannya ia dapat mengetahui astronomi. Namun yang lebih penting lagi dengan melihat ketertiban serta pergerakan dan perubahannya, ia memikirkan
kesamaan dengan bumi atau makhluk bumi dan menyimpulkan adanya penggerak tertentu yang sama untuk semuanya iaitu Tuhan (The Perfect One).
f  f)Hayy mencari pancaindera yang terdapat dalam dirinya dan beliau menemukan apa itu akal (reason), roh (spirit) dan jiwa (soul). Beliau hidup dengan kerendahan rohani sambil merenung tentang segala ciptaan sebagai teofani (tajalliyat) Sang Wajibul Wujud (The necessary being).
g g) Hayy berjumpa dengan Asal, seorang ahli ibadah yang hidup secara zuhud dan beliau telah belajar tentang kehidupan agama Islam. Sejak itu, Hayy sudah memasuki ke bidang agama dan peradaban. Pada mulanya kedua-dua mempunyai pemikiran yang berbeza dan akhirnya mempunyai kesimpulan yang sama. Asal membawa Hayy kepada kaumnya dan memperingatkan kaumnya supaya merenungi tanda-tanda kekuasaan Sang Pencipta, dan telah berlaku perselisihan diantara Asal dan kaumnya termasuk Hayy.
h h)Kesimpulannya Hayy mengetahui yang Tuhan itu hebat, bijaksana, sempurna dan menjadi petunjuk setiap manusia. Beliau melihat bahawa kebahagiaan dapat dicapai apabila seseorang sentiasa berhubung dengan Tuhan dan mengingati Tuhan dari perkara-perkara duniawi.

Jika dilihat, maka didapati tiga hal dalam kisah  antara Hayy dan Asal yang mereka menjadi lambing tiga hidup yang berlainan :-
a)      Hayy Ibnu Yaqzan sebagai lambing kekuatan akal dalam mencapai suatu kesimpulan atas keyakinan kepada Tuhan dengan memikirkan alam dengan isinya serta dirinya sendiri sehingga sampai keyakinan kepada Tuhan.
b)      Ketokohan Asal sebagai tokoh agama yang memikirkan wahyu sebagai kebenaran, dan sampai kepada keyakinan kepada Tuhan. Disini dapat dilihat kesesuaian di antara falsafah dan agama.
c)      Keadaan di sekeliling sebagai fakta kehidupan.


Akhir cerita, Hayy bertemu dengan hakikat utama yang dicarinya. Berdasarkan buku ini Barat menetapkan Ibnu Tufail sebagai pelopor konsep Autodidactism dan konsep Tabula rasa. Falsafah yang terdapat dalam buku ini dapat  dijumpai pada karya-karya Thomas Hobbes, John Locke, Isaac Newton dan Immanuel Kant dalam pelbagai variasi.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan