~assalamualaikum ini adalah cerita hatiku اهلا وسهلا ومرحبا بكم ~

Ahad, 20 Oktober 2013

Jadilah orang yang menang!!

Bismillahirrahmanirrahim

Ingatan ini khas wt sume shbt2,,dn dri yg penuh khilaf nie,umumnya,,wt sume umat Islam...Ayuh!kte mencontohi dn meneladani perjuangan Rasul kte,,Nabi Muhammad SAW,,para sahabt2 baginda,,para syuhada',,para mujahidin... :)

  
Ingatilah peribadi seorang pejuang sejati.
baginda tabah meniti hari,
Bermula dari seorang diri,
menyampaikan dakwah sembunyi-sembunyi,
bukannya baginda tidak berani,
Namun itu tertib wahyu,strategi Rabbi,
Ucapannya bukan dari nafsu melainkan wahyu suci,
ucapannya hikmah dari kalbu bak embun pagi,
Disambut oleh hati yang bersih dan jiwa yg fitri,
Fikrah dijernihkan, akal diberkati,
Ajarannya menyentuh hati sanubari,
juga dengan hujah dan keterangan yang hakiki,
dengan hikmah dan pengajaran penuh seni,
bila mana ada perdebatan dirungkaikan hati-hati,
bila mana dizalimi,dilontarkan dua kasih nan sejati,
suburkan berbaik,agar hatimu tenang,
barulah 'makan' kuat jadinya,bukan dirundung kelemahan,
perbaharuilah iman, saban ketika,ingati janjiNya,
keredhaan dan syurga,sedari sunnah perjuangan,
dipenuhi derita, dihujani kepayahan,
untuk kau tempuhinya,
dengan ketabahan,
Jadilah orang yang MENANG!!!!




Bowling Tournament

Bismillahirrahmanirrahim,


Assalamualaikum,,sume,,pe kabar...ari nie...sonokla jgk,,sje nk kongsi kegembiraan,,pg td smpi ptg,,de bowling tournament,,bwah kokurikulum yg aq masuk kt UKM nie..seriously,,,aq mmg x tw main bowling nie..msa dlu dgn kwn2 pernah main skali je,,,2 pun masuk longkang,,x 'STRIPES',,,mmg klakala td msa main...kt Warta,Bangi...kwn2 pun rmi gak yg x tw...bukan tournament antra ktorg je,,dgn senior lak,,,huhuhu..nama un senior,,kre tererla,,,hihihi..pepun,,yg pntg sume sporting dn enjoy dgn game td,,,kalah menang adat pertandingan..hihi..klu ikutkan asalnye aq x g main bowling nie..sebab ingt nma dh cancel dlm pendaftaran,,tp tetap kna pg sbb group dh de..mmg msa nk kna pg 2..hati nie mmg xde rasa nk main...dtg je..yela...mne xnye..x sangka kna pg...dhla risau dgn assignment kna antar,,kna wt presentation...dugaan,,tp aq pujukla hati...ikhlaskn dri utk pg,,,setiap pe yg dtntukan de hikmah yg tersirat...sesungguhnya perancangan Allah yg terbaik..walau kte dh rncg yg lain....Allah Maha Mengetahui,,alhamdulillah,,hikmahnye pg main game td,,dpt kenal dgn lebih rapat shbt2 dlm kokurikulum yg sma...yela,,kwn2 kt UKM nie rmi..de kawan 1 fakulti...1 jabatan,,1 kolej..hihi,,dn dlm msa yg sma dpt jgkla rehatkan minda...asyik menghadap assignment yg x berhenti2 datang,,menghadap laptop,,bile dpt kuar dr UKM,,walau x lme,,,kre okla...dpt rehat skit,,hihihihi....pepun,,aq bersyukur..Terima Kasih ya Allah...kdg2 pe yg kte rncgkn,,,x jd..kte sedih...tp ketahuilah,,perancangan Allah itulah yg Terbaik..dn kte sebagai hambaNya kna trma dgn hati yg redha,,,wassalam,, :)

#disampingenjoyjgnlupapeliharadiri  :)


brgambar brsama kwn2 dlm 1 koko lps hbs tournament,klu ikutkan rmi lg..cma yg nie je terlibat,yg juniorla...hihi


(senyum sume!!!  :P)


[mcm2 gaya dn style,,pepun sume sempoi,,,,  ;) ]









Sabtu, 19 Oktober 2013

Pendahuluan



IBNU TUFAIL



1.1       PENDAHULUAN

Dunia Islam telah melahirkan ramai ahli falsafah yang hebat dengan karya-karya mereka yang luar biasa, tetapi mereka dianggap hilang dalam kelompok masyarakat Islam pada masa kini, maka tidak hairanlah jika mereka lebih mengenali tokoh falsafah Barat dan Yunani berbanding dengan tokoh falsafah Islam.
            Beberapa tokoh falsafah Islam seperti Al-Kindi, Al-Farabi, Ibnu Sina dan Ibnu Tufail. Masing-masing mempunyai kelebihan dari sudut pemikiran mahupun karya-karya yang telah ditulis. Ini termasuklah Ibnu Tufail yang terkenal dengan karyanya, Hayy Ibnu Yaqzan. Beliau dikenali sebagai ahli matematik, ahli politik dan penyair. Beliau menjadi doktor peribadi pemerintah Al-Muwahiddin. Beliau juga melibatkan diri dalam bidang penulisan, pengadilan.
            Ibnu Tufail memberi gambaran tentang sebuah simpul sosial yang mengubah urusan situasi fikiran dari ketiadaan pancaindera menuju kepada pengasingan budaya. Tujuan utama beliau untuk menunjukkan apa yang boleh ditemui oleh intelek manusia tanpa adanya bantuan di luar dirinya yang bersifat ketuhanan yang menanamkan (pengetahuan) penerimaan idea-idea dan aktif dalam membuat pencarian seperti yang ditegaskan Al-Ghazali terhadap dirinya dan apa yang telah dilakukan oleh Aristotle ketika mengawal bukunya, Methaphysics, dengan kata-kata, “seluruh manusia secara naluri ingin mencari tahu”.
            Hal ini telah terbukti dan sesuai dengan intisari yang terdapat dalam karyanya, Hayy Ibnu Yaqzan yang dipenuhi dengan pemikiran-pemikiran Ibnu Tufail.
Itu adalah ringkasan cerita Ibnu Tufail sebagai pengenalan dan keseluruhannya akan dijelaskan di bab yang seterusnya.

Biografi Ibnu Tufail




2.1       BIOGRAFI IBNU TUFAIL

Nama beliau yang sebenar ialah Abu Bakr Muhammad Ibn Abd Malik Ibn Muhammad Ibn Tufail A-Qaisi Al-Andalusi Al-Isybili Al-Qurtubi (أبو بكر محمد بن عبد مالك بن محمد بن طفيل بن القيسي الأندلسي الأشبلي القرطبي) Beliau telah dilahirkan di desa ‘Asya, Granada (غرناطة). Granada satu tempat yang terkenal dengan kecantikan, kesenian, kegembiraan dan muzik di dalamnya. Di Barat beliau digelar ‘AbuBacer’ yang telah mewarisi “Aristotle rationalism”. Beliau merupakan seorang ahli falsafah yang cekap dan mahir sehingga tergolong dalam golongan yang bijak pandai dan hebat yang telah banyak member kesan yang meluas dalam sejarah manusia dari sudut pemikiran dan keilmuan. Ibnu Khalkan telah memberitahu beliau telah belajar falsafah secara talaqqi dengan Ibnu Bajjah (1100-1138 M), seorang ilmuan yang besar. Berkat bimbingan sang guru yang hebat itu, Ibnu Tufail menjadi seorang ilmuan besar.
            Ibnu Tufail mempunyai murid iaitu  Ibnu Rushd alias Averroes (1126-1198M) yang terpengaruh dengan pemikiran Ibnu Tufail. Bahkan menurut sejarah astronomer, Nur Addin bin Ishak Al-Batruji juga sempat menimba ilmu dari Ibnu Tufail sehingga telah menulis kesusasteraan dalam penyusunan Batlimus. Ibnu Rushd merupakan murid kesayangan Ibnu Tufail.


            Pada zaman Ibnu Tufail nama baiknya sebagai pemikir dan pelajar telah membuatnya dipuji sebagai Maecenas. Beliau lebih menggemari membaca buku daripada bergaul dengan masyarakat. Disebabkan ketekunan pembacaan buku-buku di perpustakaan peribadinya, beliau dapat mengumpul banyak maklumat tentang pengetahuan. Para ahli sejarah tidak dapat memberitahu keseluruhan latar belakang dari tokoh ini disebabkan keterbatasan data. Tidak diketahui keluarga dan kerabat Ibnu Tufail. Sejarah hanya mencatatkan bahawa beliau pada masa hidupnya merupakan seorang tokoh yang disegani dan berpengaruh. Beliau telah meninggal dunia pada tahun 1185M (79-80 tahun) di Marakisy, Morocco.




















Karier Ibnu Tufail



2.1.1    Karier Ibnu Tufail

Kecintaan Ibnu Tufail kepada buku-buku dan ilmu pengetahuan mengalahkan cintanya kepada manusia lain. Hal ini menjadikan beliau seorang ilmuan dalam pelbagai bidang seperti doktor, penulis, ahli falsafah islam, ahli hokum dan ahli matematik. Beliau mendalami ilmu kedoktoran dan falsafah di Seville dan Gordova. Karier Ibnu Tufail bermula sebagai doktor praktikal di Granada. Disebutkan beliau adalah salah seorang doktor yang masyur, ahli matematik dan penyair di kota Granada. Ketekunan dan kesungguhan beliau telah mengangkatnya menjadi doktor peribadi Gubernur dan Setiausaha peribadinya untuk  2 wilayah iaitu Sabtah dan Thaniah. Seterusnya beliau menjadi doktor peribadi Abu Yusuf Ya’qub Al-Mansur Ibnu Abd Mu’min, Sultan Morocco kedua dari Dinasti Muwahhidun   الموحدون(558H/ 1163M-580H/ 1184M) .
            Pada zaman khalifah Abu Yusuf Ya’qub. Ibnu Tufail mempunyai pengaruh yang besar dalam pemerintahan. Di samping itu, beliau merupakan seorang menteri yang baik, tidak pernah kenal erti tamak atau masuk dalam dunia konspirasi yang telah menjadi kebiasaan dalam kehidupan pemimpin. Khalifah Abu Yusuf Ya’qub mencintai ilmu pengetahuan dan secara khusus adalah peminat falsafah serta memberi kebebasan berfalsafah. Disebabkan itu, menjadikan pemerintahannya sebagai permulaan pemikiran falsafah dan menurut Sepanyol, seperti dikatakan R.Briffault sebagai “tempat kelahiran kembali negeri Eropah”.

            Kemudian Ibnu Tufail mengundurkan dirinya dari jabatan beliau sebagai doktor pemerintah pada tahun 578H/ 1182M, kerana usianya yang sudah uzur. Kedudukannya itu digantikan oleh Ibnu Rushd atas permintaan Ibnu Tufail. Beliau amat percaya kepada Ibnu Rushd, muridnya. Diceritakan, “Suatu hari Ibnu Tufail memanggil saya dan memberitahu saya,” kata Ibnu Rushd dalam buku catatannya. Ibnu Tufail memintanya untuk menggantikan kedudukannya. “Saya yakin kamu boleh kerana saya tahu kemampuan kamu” kata Ibnu Tufail. Disebabkan itu, beliau meminta Ibnu Rushd untuk menggantikan kedudukannya. Namun begitu, Ibnu Tufail tetap mendapat penghargaan dari Abu Yusuf Ya’qub dan beliau sendiri hadir dalam upacara pemakaman Ibnu Tufail pada 581H.





Karya-karya Ibnu Tufail




3.1       KARYA-KARYA IBNU TUFAIL

Ibnu Tufail adalah seorang doktor, ahli falsafah,ahli matematik, penulis dan penyair yang terkenal dari Muwaddin Sepanyol tetapi karya-karyanya yang banyak telah hilang di saat terjadi kekacauan dan peperangan di Maghribi dan hanya sedikit sekali yang dikenali orang.
            Sebenarnya Ibnu Tufail lebih menggemari merenung daripada kecenderungan untuk menulis, disebabkan itu tidak hairan jika hasil karyanya sedikit untuk generasi berikutnya. Namun beberapa buku biografi menyebutkan bahawa ia sempat menulis sejumlah buku dalam beberapa bidang iaitu, falsafah, fizik, kejiwaan dan kedoktoran. Diriwayatkann Abdul Wahid  Al-Marakasy, Ibnu Tufail telah meriwayatkan buku yang banyak yang telah dibaris dengan tangannya sendiri dalam falsafah, ilmu jiwa dan banyak dari syair-syair. Miguel Casiri(1122H/1710M-1205H/1790M) menyebutkan 2 karya yang masih ada, iaitu : Risalah Hayy Ibnu Yaqzan dan Naskhah Asrar Al-Hikmah Al-Mashriqiyyah.
Menurut Ibnu Khatib terdapat 2 buku dalam bidang perubatan yang dikatakan merupakan karya Ibnu Tufail, yang ditulis dua orang muridnya yang dipersembahkan kepada Ibnu Tufail, iaitu karya Al-Batruji berjudul Kitab Al-Hai’ah dan karya Ibnu Rushd berjudul  Fi Al-Buqa’Al-Maskunah wa Al-Ghair Al-Maskunah (في البقع المسكونة والغير مسكونة)
Ibnu Abi Ushaibia’ah ketika membahas tentang latar belakang Ibnu Rushd bahawa beliau  menyebutkan nama kitab karya Ibnu Tufail adalah Fi Al-Buqa’ Al-Maskunah wa Al-Ghair Al-Maskunah, Ibnu Rushd juga berkata dalam bukunya Ilahiyyat( Teologi) buku ke-12, bahawa Ibnu Tufail memiliki pemikiran yang sangat hebat tentang kejadian-kejadian baik internal mahupun external.
            Abu Ishak Al-Batruji dalam salah satu risalahnya tentang ilmu falak menyebutkan bahawa Ibnu Tufail mempunyai pandangan tentang ilmu falak yang sangat sesuai untuk mengatasi permasalahan dan memahami pandangan-pandangan Batlimus tentang falak.




3.1.1    Falsafah Hayy Ibnu Yaqzan

Buku falsafahnya (Hayy Ibnu Yaqzan) yang ditulisnya diterjemahkan ke dalam Bahasa Latin, Philosophus Autodidactus, pertama kali beredar di Barat tahun 1671. Buku tersebut dialihkan bahasakan oleh Edward Pocoke. Terjemahan bahasa Inggerisnya pertama kali ditulis oleh Simon Ockley dan diterbitkan pada tahun 1708. Novelnya diterjemahkan ke dalam bahasa Latindan Inggeris. Novel terjemahan itu kemudian mengaspirasikan Daniel Defoe untuk menulis Robinson Crusoe, yang juga menceritakan gurun pasir dan novel pertama dalam bahasa Inggeris. Novel ini juga terinspirasi dari konsep Tabula Rasa(fitrah-red) yang dikembangkan dalam An Essay mengenai Human Understanding (1690) oleh John Locke, seorang mahasiswa Pococke.
            Hayy Ibnu Yaqzan (Hidup Anak Kesadaran), di Barat dikenali sebagai Philosophus Autodidactus telah menorehkan tinta emas di atas lembaran sejarah sebagai salah satu karya paling berharga yang pernah ada dalam bidang falsafah.Penulisan Ibnu Tufail yang menakjubkan diri ini juga disebut menjadi lambing diri beliau iaitu “Oriental Wisdom”. Buku ini diinspirasikan oleh Ibnu Sina (Avicennism) dan Suffism menyebutkan beberapa karangan Ibnu Tufail yang berkait tentang falsafah fizik, falsafah metafizik, kejiwaan dan sebagainya.Tetapi hanya karya Hayy Ibnu Yaqzan yang sampai kepada masyarakat kini.
            Sebenarnya judul buku falsafah ini sangat panjang iaitu Hayyu Ibnu Yaqzan Fi Asraril Hikmah Al-Masyriqiyyah, Istakhlasha-Min Durari Jawahiri Al-Fadhilur- Ra’is Abi’ Ali Ibnu Sina Al-Imam Al-Failasuf Al-Kamil Al-‘Arif Abi Jaafar Muhammad bin Tufail.
            Dikatakan risalah Hayy Ibnu Yaqzan ditulis atas permintaan salah seorang kawan Ibnu Tufail untuk menjelaskan falsafah timur, seperti yang disebut pada kata pengantarnya sebagai berikut :
“Wahai saudara yang mulia engkau minta agar aku mungkin dapat membuka rahsia-rahsia falsafah timur yang lepas oleh Abu ‘Ali Ibnu Sina. Ketahuilah bahawa orang-orang yang mengingkari kebenaran yang tak berisi keraguan lagi, maka ia harus mencari falsafah itu dan berusaha memilikinya”
                                                                                                                           (Edward : 1903)

Ibnu Tufail memulakan cerita HayyIbnu Yaqzan dengan menghubungkan kaitkan 2 saingan cerita asalnya, iaitu menandakan saingan yang saintifik dan cerita keagamaan yang semulajadi serta asal kehidupan manusia. Sebenarnya semua pemikiran Ibnu Tufail tercatat  dalam Hayy Ibnu Yaqzan. Tujuan penulisan beliau adalah untuk melihat kebenaran (Al-Haqq) menurut cara yang telah dilalui oleh para  Al-Zauq dan Musyahadah yang telah mencapai tingkat kewalian. Selain itu, untuk membangkitkan minat atau sebagai galakan agar manusia bersedia menempuh jalan itu. Ibnu Tufail bnyk terpengaruh dengan falsafah Plato dalam mengarang buku ini. Ditulis pemikiran-pemikiran beliau dalam bentuk novel alegori yang mengaitkan gabungan falsafah antara akal dan agama dalam pencarian kebenaran yang hakiki.
            Novel ini mengisahkan dua jenis kehidupan manusia di dua pulau, iaitu kehidupan individu manusia dan kehidupan masyarakat manusia. Kedua-dua kehidupan tersebut mempunyai perbezaan dari sudut pemikiran dan ma’rifah masing-masing.Terdapat tujuh fasa yang telah dijelaskan di dalam novel Hayy Ibnu Yaqzan, iaitu :
a a) Hayy dijaga dan dibesarkan oleh seekor rusa betina (gazelle) sehingga dapat mengetahui tingkah laku dan bahasa binatang di sekelilingnya. Dia mula melihat perbezaan di antara dirinya dengan bintang-binatang lain dan mula menutupi tubuhnya dengan daun dan bulu. Bahkan dia menyimpan makanan sebagai persiapan.
b b) Rusa yang memelihara Hayy mati. Dia berusaha untuk mengetahui penyebab kematian  rusa ini dan binatang-binatang lain. Hasil penyelidikannya, beliau menemukan bahawa jantung yang berhenti menandakan berakhirnya kehidupan seseorang manusia itu. Hayy mula  mengetahui jiwa merupakan penggerak bagi jasad.
c   c)  Hayy mengetahui kewujudan api, kegunaan dan sumbernya. Beliau merasakan api dapat memberikan penerangan dan membangkitkan kepanasan.
d d)Hayy mengetahui kesatuan dan keberagamaan pada jasad dan jiwa. Pada tahap ini pemikirannya sampai kepada pengakuan Tuhan dan mula mempercayainya.
e e)Hayy merenung ke langit dan memerhatikan benda-benda yang terdapat di langit. Berdasarkan penelitiannya ia dapat mengetahui astronomi. Namun yang lebih penting lagi dengan melihat ketertiban serta pergerakan dan perubahannya, ia memikirkan
kesamaan dengan bumi atau makhluk bumi dan menyimpulkan adanya penggerak tertentu yang sama untuk semuanya iaitu Tuhan (The Perfect One).
f  f)Hayy mencari pancaindera yang terdapat dalam dirinya dan beliau menemukan apa itu akal (reason), roh (spirit) dan jiwa (soul). Beliau hidup dengan kerendahan rohani sambil merenung tentang segala ciptaan sebagai teofani (tajalliyat) Sang Wajibul Wujud (The necessary being).
g g) Hayy berjumpa dengan Asal, seorang ahli ibadah yang hidup secara zuhud dan beliau telah belajar tentang kehidupan agama Islam. Sejak itu, Hayy sudah memasuki ke bidang agama dan peradaban. Pada mulanya kedua-dua mempunyai pemikiran yang berbeza dan akhirnya mempunyai kesimpulan yang sama. Asal membawa Hayy kepada kaumnya dan memperingatkan kaumnya supaya merenungi tanda-tanda kekuasaan Sang Pencipta, dan telah berlaku perselisihan diantara Asal dan kaumnya termasuk Hayy.
h h)Kesimpulannya Hayy mengetahui yang Tuhan itu hebat, bijaksana, sempurna dan menjadi petunjuk setiap manusia. Beliau melihat bahawa kebahagiaan dapat dicapai apabila seseorang sentiasa berhubung dengan Tuhan dan mengingati Tuhan dari perkara-perkara duniawi.

Jika dilihat, maka didapati tiga hal dalam kisah  antara Hayy dan Asal yang mereka menjadi lambing tiga hidup yang berlainan :-
a)      Hayy Ibnu Yaqzan sebagai lambing kekuatan akal dalam mencapai suatu kesimpulan atas keyakinan kepada Tuhan dengan memikirkan alam dengan isinya serta dirinya sendiri sehingga sampai keyakinan kepada Tuhan.
b)      Ketokohan Asal sebagai tokoh agama yang memikirkan wahyu sebagai kebenaran, dan sampai kepada keyakinan kepada Tuhan. Disini dapat dilihat kesesuaian di antara falsafah dan agama.
c)      Keadaan di sekeliling sebagai fakta kehidupan.


Akhir cerita, Hayy bertemu dengan hakikat utama yang dicarinya. Berdasarkan buku ini Barat menetapkan Ibnu Tufail sebagai pelopor konsep Autodidactism dan konsep Tabula rasa. Falsafah yang terdapat dalam buku ini dapat  dijumpai pada karya-karya Thomas Hobbes, John Locke, Isaac Newton dan Immanuel Kant dalam pelbagai variasi.




Pemikiran Ibnu Tufail




4.1       PEMIKIRAN IBNU TUFAIL

4.1.1                Falsafah dan Agama

Menurut Ibnu Tufail falsafah dan agama adalah selaras, bahkan merupakan gambaran dari hakikat yang satu. Ibnu Tufail menyedari terdapat perbezaan tahap akal antara sesame manusia melalui gambaran tokoh-tokoh dalam falsafah tersebut. Disebabkan itu, beliau menganggap tidak semua sampai kepada Wajib al-Wujud dengan jalan berfalsafah seperti yang ditempuh Hayy. Asal, Salaman  dan masyarakat lain tidak mungkin dapat mengenali Al-Haq, kerana keterbatasan akal mereka. Oleh itu, terdapat seorang penolong iaitu adanya nubuwwah yang berfungsi menjelaskan sesuatu sesuai dengan kadar akal manusia. Asal mempunyai akal yang lebih tinggi berbanding akal Salaman dan masyarakat awam. Disebabkan itu ia memahami syari’at dan menerima pengalaman-pengalaman Hayy.
            Huraian menunjukkan keberhasilan Ibnu Tufail dalam pelbagai pemikiran yang berkembang di masanya dalam satu karya, Hayy Ibnu Yaqzan. Ibnu Tufail juga menggambarkan bahawa dengan akal “khusus” setelah melalui pemikiran dapat mengetahui kebenaran yang tertinggi iaitu Allah, sama seperti yang dijelaskan di dalam wahyu. Oleh itu, wahyu amat diperlukan untuk memberi bimbingan kepada akal yang tidak dapat mencapai tahap khusus, juga sebagai petunjuk pelaksanaan ibadah.

4.1.2                Epistimologi

Ibnu Tufail menunjukkan dua jalan untuk sampai kepada objek pengetahuan yang Maha Tinggi atau Tuhan. Jalan pertama ialah wahyu, seperti yang dialami Asal, dan jalan kedua adalah falsafah seperti yang dilakukan Hayy, jalan pertama lebih pendek dari jalan kedua.
            Dari kesimpulan cerita dapat digambarkan bahawa ma’rifah (pengetahuan) melalui akal ditempuh dengan jalan keterbukaan, peneliti, pencarian, generalisasi dan menyimpulkan. Oleh itu, ma’rifah merupakan sesuatu yang dilatih bermula dari  yang konkrit kepada yang abstrak, dari yang khusus kepada yang global. Seterusnya dilanjutkan dengan pemerhatian yang berterusan. Ibnu Tufail juga menjelaskan proses fungsinya, apa yang ditangkap oleh pancaindera disampaikan ke otak, kemudian otak mengolahnya dan mengembalikannya ke seluruh badan melalui saraf yang sama.

4.1.3                Kosmologi Cahaya

Ibnu Tufail menerima prinsip dari satu tidak ada lagi apa-apa kecuali satu itu. Manifesto kemajmukan kewujudan dari yang dijelaskan dalam gaya Neo-Platonik yang melihat sebagai tahap-tahap berurutan pemancaran yang berasal dari cahaya Tuhan. Proses itu pada prinsipnya sama dengan refleksi terus cahaya matahari ke cermin.

4.1.4                Jiwa


Ibnu Tufail berkaitan dengan konsep tentang jiwa pada asalnya selaras dengan konsep Al-Farabi. Terdapat tiga kategori jiwa iaitu pertama jiwa Fadhilah iaitu yang kekal dalam kebahagiaan kerana mengenali Tuhan dan menumpukan perhatian dan renungan kepadaNya, jiwa ini ditempatkan di syurga. Kedua, jiwa Fasiqah iaitu jiwa yang kekal dalam kesengsaraan dan tempatnya di neraka, kerana pada asalnya jiwa ini mengenal Allah tetapi telah meninggalkannya dan melupakanNya dengan melakukan maksiat. Ketiga, jiwa Jahiliyyah iaitu jiwa yang musnah kerana tidak pernah mengenal Allah.



















Kesimpulan & Rujukan


5.1       KESIMPULAN

Ibnu Tufail merupakan seorang tokoh falsafah islam dari dunia Islam Barat yang menguasai dalam pelbagai bidang seperti kedoktoran, matematik, fizik, metafizik dan sebagainya. Walaupun pemikirannya berbeza dengan pemikiran tokoh-tokoh falsafah lain tetapi tidak semua, terdapat juga pemikiran dan pendapatnya selaras dengan tokoh-tokoh falsafah lain.
            Salah satu peninggalan yang diwariskan untuk generasi seterusnya adalah Hayy Ibnu Yaqzan, novelnya yang masyhur. Novel yang dipenuhi dengan pemikiran-pemikiran Ibnu Tufail yang meliputi pelbagai aspek dan bidang seperti pemikiran dalam bidang falsafah dan agama, epistimologi, kosmologi cahaya dan jiwa.
            Hayy Ibnu Yaqzan ini juga menggambarkan kedalaman dan ketajaman falsafah dan hikmah yang dimiliki oleh Ibnu Tufail dimana beliau menjelaskan tentang pertemuan di antara akal dan wahyu dalam satu titik pengetahuan iaitu pengetahuan akan wujudnya Tuhan dan kebenaran.


 RUJUKAN

Dr. T. J. DE. Boer. 1903. The History of Philosophy in Islam.  Trans. Edward R. Jones.
            London, Luzac and Company LTD.
F. C. Copleston. 1972. History of Medieval Philosophy. London: Methuen and Co LTD
Majid Fakhry. 1997. Islamic Philosophy Theology and Mysticism. United States of America:
            One World Publication
M. Saeed Sheikh. 1982. Islamic Philosophy. Great Britain: The Octagon Press LTD
Sami S. Hawi. 1974. Islamic Naturalism and Mysticism. Belgium: E. J. Brill
Seyyed Hossien Nasr & Oliver Leaman. 1996. History of Islamic Philosophy (Part I).
            London : Routledge
فروخ. 1946م. ابن طفيل. الملتزم : مكتبة منيمنه, شارع المعارض, بيروت.
زكريا بشير امام. 1998م. تاريخ الفلسفة الاسلامية. سدان: الدار السدانية للكتب.  




Isnin, 14 Oktober 2013

kelebihan puasa 9 zulhijjah :)

bismillahirrahmanirrahim

assalamualaikum,,apa kabar sume,,ari nie genap umur arwah ayh sy 60 tahun,,mga arwah abah,,sentiasa dicucuri rahmatNya di alam sna..serentak dgn itu,,ari nie,,adalah digalakkan ke ats sume umat Islam utk berpuasa hari a'rafah,,,iaitu 9 Zulhijjah 1434H...bersamaan 14/10/2013,,,

t snie,,nk berkongsi pada sume shbt2 akn kelebihan kte berpuasa pd 9 Zulhijjah (puasa hari A'rafah) :

1)  Diampuni dosa setahun yang lepas dan setahun yang akan datang.
Dari Abu Qatadah radhiAllahu `anhu berkata, Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam pernah ditanya tentang puasa hari `Arafah, kemudian Baginda menjawab:
َََيُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ وَ الْبَاقِيَة
“Puasa itu (puasa hari `Arafah) dapat menebus dosa setahun yang telah berlalu dan setahun akan datang.”
(HR Muslim)

2)  Amalan terbaik yang disukai ALLAH Ta`ala kerana ia termasuk dari 10 hari pertama dari bulan Dzulhijjah.  [baca sini]
Dari Ibnu `Abbas radhiAllahu `anhuma bahawa Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam bersabda:
مَا مِنْ اَيَّامٍ الْعَمَلُ الصَّالِحُ فِيهَا اَحَبُّ اِلَى اللهِ مِنْ هَذِهِ الْاَيَّامِ, يَعْنِي اَيَّامَ الْعَشْرِ, قَالُوا:  يَا رَسُولَ اللهِ, وَلاَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللهِ؟  قَالَ:  وَلاَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللهِ, اِلَّا رَجُلٌ خَرَجَ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ فَلَمْ يَرْجِعْ مِنْ ذَلِكَ شَيْءٌ
“Tidak ada hari yang amal soleh padanya lebih dikasihi ALLAH selain dari hari-hari yang sepuluh ini (pada bulan Zulhijjah).”
Para sahabat bertanya: ”Walaupun berjihad di jalan ALLAH?”
Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:  “Walaupun berjihad di jalan ALLAH, kecuali lelaki yang keluar berjihad membawa diri serta hartanya dan tidak kembali lagi selepas itu (syahid).”
(HR al-Bukhari)
3)  Hari yang paling banyak dibebaskan dari api neraka.
Dari `A’isyah radhiAllahu `anha berkata bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam bersabda:
َمَا مِنْ يَوْمٍ أَكْثَرَ مِنْ أَنْ يُعْتِقَ اللهُ فِيهِ عَبْدًا مِنْ النَّارِ مِنْ يَوْمِ عَرَفَة
“Tidak ada hari yang lebih ramai ALLAH Ta`ala membebaskan hambaNYA daripada api neraka lebih daripada hari `Arafah.”
(HR Muslim)
Bagi jemaah haji, mereka tidak disunatkan berpuasa.  Malah disunatkan berbuka sebagai mengikut Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam dan supaya dia tetap kuat dan gagah untuk memperbanyakkan doa pada hari tersebut.
Semoga ALLAH Ta`ala memberikan kita hidayah dan taufiq untuk dapat melaksanakan ibadah puasa sunat hari `Arafah dan mengecapi kelebihan-kelebihan daripadanya, amin…

#moga bermanfaat utk sume  :)

Selasa, 8 Oktober 2013

Indahnya SABAR ^_^

Bismillahirrahmanirrahim

Apa khabar sume??lme sngt rsenye x update blog nie,,,almaklumlah ble dh jadi pelajar d universiti,,bz sngt rsenye,,x menyempat nk kongsi story kt blog nie,,hihihi,,,kali nie bru de msa,,besala mahasiswa/i di mana2 universiti mesti akn de assignment yg kna wt,,cm2 jgkla sy...pada mulanya mmg pening jgk,,yela,,kte nie 6 tahun duk di bangku persekolahan,,mnela tw psl assignment nie,,penah dgr2 je msa kt skola dlu,,skg bru tw,,tmbh2 lak assignment kt U sy nie,siap de gaya penulisannya tersendiri,,bukan men leh wt suka aty je,,huhuhu,,,makin pening dibuatnya...tp besala mula2 mmgla x tw,,2 kna blja,,nma pun mahasiswa/i bukan pelajar skola dh,,haha,,ble bnyk assignment kadang2 rse xde mood un de,,hihi,,smpi 1tahap hanya mampu tgk dgn senyum shj,,,hihi,,dugaan btul,,,2la syaitan menghasut je tw,,

"faeza,,xyhla wt assignment 2,,wt penat je...tdo lg baik" cm2la bisikan syaitan (ibarat)

Astaghfirullahala'zim,,,ditambh lak dengan aktiviti kolej,kokurikulum dan fakulti lgla rse x tersusun msa,,,ya allah!mudahkanlah urusanku,,bla dh bz,,rse kuat dugaan d universiti nie,,jd teringat kata2 Sang Khaliq dlm KalamNya,,

 “…dan orang-orang yang bersabar dalam kesulitan, penderitaan dan dalam peperangan. Mereka itulah orang-orang yang benar imannya dan mereka itulah orang-orang yang bertaqwa.” (Al-Baqarah: 177)

pesanan supaya bersabar dalam hadis nabi muhammad SAW...

 “Sungguh menakjubkan perkara orang yang beriman, karena segala perkaranya adalah baik. Jika ia mendapatkan kenikmatan, ia bersyukur karena (ia mengatahui) bahwa hal tersebut adalah memang baik baginya. Dan jika ia tertimpa musibah atau kesulitan, ia bersabar karena (ia mengetahui) bahwa hal tersebut adalah baik baginya.” (HR. Muslim)

Maka,,dri nie cuba menerima segala ketentuanNya dgn hati yg redha hanya keranaNya...Alhamdulillah hati makin tenang,,segala urusn dn tugasan dpat dilaksana dgn sebaiknya,,insyaa allah...KUNCInye adalah SABAR!!!! dan sentiasalah bersangka baik kepadaNya,dugaan tnda rse sayang,kasih dan cinta Sang Khaliq kepada kte sbgi HambaNya,,sepatutnye kte bersyukur dgn dugaan yg dbri,,alhamdulillah  :)

“Dan Allah mencintai orang-orang yang sabar.” (Ali Imran: 146)

“Dan bersabarlah kamu, karena sesungguhnya Allah itu beserta orang-orang yang sabar.” (Al-Anfal: 46)

#  sedikit perkongsian utk sume tntg SABAR!!  :)

1) Bersabar dlm menerima pujian : Surah Al-'Imran : 188

2) Bersabar dlm berkata-kata : Surah Al-Baqarah : 263

3) Bersabar dlm berbuat kebaikan : Surah Ar-Ra'd : 22

4) Bersabar dlm menurut hawa nafsu : Surah Al-'Imran : 14

5) Bersabar dlm memegang amanah : Surah An-Nisa' : 58

6) Bersabar dlm bermasyarakat : Surah Anfal : 47

7) Bersabar dlm tipu daya dunia : Surah An-Nisa' : 120

Ok,,mga kte sume dpt sma2 memupuk sifat SABAR dlm dri kte,,sedangkan nabi kte,,nabi Muhammad SAW yg lebih tnggi ujian yg baginda terima dlm menyebarkan dakwah islam kepada umatnya,,dn baginda bersabar...apatah lg kte,,,umatnya,,,sesungguhnya,,SABAR itu cantik dan indah sekali..di setiap kesabaran kte Allah akn bls dgn ganjaran yg besar,,,

Khas wt dri yg penuh khilaf nie,,moga Allah kuatkan dri nie dlm menerima setiap dugaan dn mihnah drNya dgn hati yg redha,,d smpg berusaha mnjd hambaNya yg bertqwa,,insyaa allah,,aamiin,,,,waallahu'alam,,harap bermanfaat utk sume,,,  :)