IBNU TUFAIL
1.1 PENDAHULUAN
Dunia Islam telah melahirkan ramai
ahli falsafah yang hebat dengan karya-karya mereka yang luar biasa, tetapi
mereka dianggap hilang dalam kelompok masyarakat Islam pada masa kini, maka
tidak hairanlah jika mereka lebih mengenali tokoh falsafah Barat dan Yunani
berbanding dengan tokoh falsafah Islam.
Beberapa
tokoh falsafah Islam seperti Al-Kindi, Al-Farabi, Ibnu Sina dan Ibnu Tufail.
Masing-masing mempunyai kelebihan dari sudut pemikiran mahupun karya-karya yang
telah ditulis. Ini termasuklah Ibnu Tufail yang terkenal dengan karyanya, Hayy
Ibnu Yaqzan. Beliau dikenali sebagai ahli matematik, ahli politik dan penyair.
Beliau menjadi doktor peribadi pemerintah Al-Muwahiddin. Beliau juga melibatkan
diri dalam bidang penulisan, pengadilan.
Ibnu
Tufail memberi gambaran tentang sebuah simpul sosial yang mengubah urusan
situasi fikiran dari ketiadaan pancaindera menuju kepada pengasingan budaya.
Tujuan utama beliau untuk menunjukkan apa yang boleh ditemui oleh intelek
manusia tanpa adanya bantuan di luar dirinya yang bersifat ketuhanan yang
menanamkan (pengetahuan) penerimaan idea-idea dan aktif dalam membuat pencarian
seperti yang ditegaskan Al-Ghazali terhadap dirinya dan apa yang telah
dilakukan oleh Aristotle ketika mengawal bukunya, Methaphysics, dengan
kata-kata, “seluruh manusia secara naluri ingin mencari tahu”.
Hal
ini telah terbukti dan sesuai dengan intisari yang terdapat dalam karyanya,
Hayy Ibnu Yaqzan yang dipenuhi dengan pemikiran-pemikiran Ibnu Tufail.
Itu
adalah ringkasan cerita Ibnu Tufail sebagai pengenalan dan keseluruhannya akan
dijelaskan di bab yang seterusnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan