~assalamualaikum ini adalah cerita hatiku اهلا وسهلا ومرحبا بكم ~

About me

Foto saya

assalamualaikum,,seorg hamba yg mencari dn merebut cinta Sang Khaliq..seorg insan yg sdg mentarbiyah dri mnjd mukminah yg sejati...degree studies in theology and philosophy at National University of Malaysia :)

Selasa, 12 Mei 2015

Special 4 U Ladies



Carilah Lelaki yang Mampu Jadi Imam

“Abang..hari tu ingat period dah habis. Ayang dah mandi, dah solat. Tapi hari ni keluar balik..kira period balik ke bang? ”
” Maybe kot. Try search kat google..”
” Dah tapi macam tak paham sangatla bang. Erm, Kak Erma cakap dekat masjid belah pagi ada kuliah muslimat, ada ustazah ajar masalah-masalahmacam ni..”
“Buat apa..cari je kat youtube. Banyak kuliah-kuliah dalam tu. Lagipun abang sibuk, mana sempat nak hantar nak ambik kat masjid..”
Dan si isteri terus terdiam. 3 tahun perkahwinan, isu yang sama berulang, si suami pula terus menerus memberi alasan.

*****************
Asal kepada seorang wanita adalah pengikut. Ertinya, dia berhajat kepada pemimpin dan pembimbing.
Asal kepada seorang lelaki pula adalah ketua. Ertinya dia merupakan seorang pemimpin dan pembimbing.
Sebab itu dianalogikan suami sebagai imam.
Apa peranan imam dalam solat?
Guide makmum, kan? Apabila selesai dibaca Al-Fatihah, makmum mengaminkan bacaan tersebut. Apabila imam rukuk, makmum ikut rukuk. Apabila imam sujud, makmum ikut sujud.
Bagaimana pula jika imam tersalah rakaat? Atau terlupa dalam bacaan surah?
Makmum menegur. Lelaki bertasbih, perempuan bertepuk. Ada tatacara dan tertibnya.
Analogi ini suatu yang besar jika benar-benar diaplikasikan dalam hidup.
Dalam solat, ada imam dan ada makmum dengan segala tatatertibnya.
Di luar solat, ada ketua dan ada pengikut dengan segala undang-undang dan aturannya.
Begitulah indahnya Islam. Ia datang untuk menjernihkan hidup manusia dan memastikan manusia hidup dalam aturannya yang benar, betul dan tepat.

PERKAHWINAN

Ia bukan perjanjian sehari dua atau sebulan dua. Bukan juga sampai tua.
Ia perjanjian sampai mati.
Justeru, sebelum berkahwin, mesti fahami peranan masing-masing dalam perjalanan panjang tersebut.
Suami terutamanya. Jangan seronok sahaja kerana digelar ketua. Tetapi tidak pula bersedia bersungguh-sungguh untuk menjadi seorang ketua.
Ada tanggungjawab yang besar Allah bebankan seusai lafaz akad nikahmu.
Jangan hanya seronok tersengih-sengih dan bergambar mesra ( kemudian ditayang sehabis bangga di alam maya ) tetapi bab bersuci pun entah ke mana. Haid dan nifas dianggap sebagai ‘bab orang perempuan’ yang tidak perlu diketahui oleh lelaki.
Sebab itu tidak pelik, ada suami menengking isteri bila disoal tentang itu.
” Awak kan perempuan? Hidup dah bertahun-tahun takkan awak tak pandai-pandai lagi bab tu?! ”
Suami yang bertanggungjawab tidak akan mengungkapkan kata-kata seperti itu. Hakikatnya, ia adalah ungkapan alasan bagi suami yang mahu lari dari tanggungjawab.
Bukankah mengajar isteri fardhu ain itu suatu perkara wajib bagi suami?
Bukankah kalau isteri jahil tentang bab-bab haid, nifas, istihadhah dan sebagainya maka suami yang akan menanggung dosanya?
Bukankah menjadi kewajipan bagi seorang suami menghantar isterinya ke kelas agama jika dia tidak mampu mengajar perkara-perkara tersebut?

MENCARI SEORANG IMAM

Tak kacak tak apa, sebab lelaki memimpin bukan dengan kekacakan.
Tak kaya tak apa, sebab kekayaan bukan asbab hebatnya kepimpinan.
Ada lelaki rupanya tidak kacak, kulitnya gelap tetapi penampilannya kemas dan kefahaman agamanya cukup baik.
Namun ada ramai juga lelaki yang kacak, tetapi rambutnya panjang tidak terurus, pakaiannya selekeh dan tidak langsung menggambarkan ciri-ciri seorang pemuda Islam. Kefahaman agama dianggap perkara remeh.
Saya sebutkan ini kerana saya kira, memilih seorang imam tidak mudah.
Mungkin ramai wanita akan bertanya, bagaimana mahu memastikan dia seorang imam yang baik?
Ada yang merasakan lelaki kaki masjid itu terbaik sebagai imam.
Ada yang merasakan lelaki pandai bertazkirah agama itu terbaik sebagai imam.

Ada juga yang merasakan lelaki ‘berpengajian agama’ itu paling baik sebagai imam.
Saya geleng kepala.
Sungguh. Ia susah kerana sebagai manusia, kita hanya penilai zahiriah sedangkan batiniahnya, hanya Allah yang tahu.
Pun begitu, saya suka mencadangkan.
Sebagai wanita, anda diberi satu tempoh yang istimewa sebelum anda sah bergelar isteri kepada seorang lelaki. Tempoh itu dinamakan tempoh ‘suai-kenal’ atau istilah rasminya , bertunang.
Ramai orang tidak menggunakan tempoh ini sebaik mungkin. Ada yang belum apa-apa, sudah meletakkan ‘sepenuh ketaatan’ kepada si tunang. Ada yang melayan borak siang malam sampailah kepada bertemu di taman dan tengok wayang.
Jangan tiru tabiat-tabiat seperti itu. Bukan sahaja agama mengatakan ia sebagai tidak baik, bahkan akal juga mengatakan demikian.

MANFAATKAN TEMPOH BERTUNANG

Itulah satu-satunya tempoh terbaik untuk anda menguji sejauh mana si lelaki mampu menjadi imam kepada anda nanti.
Menguji itu tidak salah. Gunalah pelbagai method yang ada. Jangan mengintip dia di bilik tidur sudah.
Antara method yang mungkin anda boleh gunakan adalah, method perbincangan.
Jangan lupa, waktu berbincang itu, antara anda dan dia bukan suami isteri. Justeru, tidak ada ‘kewajipan’ sebagai isteri yang perlu anda tunaikan di ketika itu. Demand anda masih tinggi. Anda masih boleh mengatakan ‘tidak’ kepada dia jika tidak kena caranya.
Method berbincang, jika kena caranya, boleh memberi gambaran yang baik adakah si lelaki sudah menepati ciri-ciri seorang imam ataupun tidak.
Malangnya, method perbincangan ini tidak banyak digunakan dengan betul. Antara sebab utamanya adalah, sudah jatuh hati dan berpendapat, tiada jalan untuk berpatah balik melainkan meneruskan perkahwinan, biarpun tersingkap seribu kekurangan.
Tanpa sedar, ia mencacatkan hikmah sebuah pertunangan.

ASALKAN DIA BAIK ?

Biarlah dia tidak pandai agama pun, asalkan dia baik. Dia sayang saya, prihatin dan saya yakin dia mampu membahagiakan saya.
Alhamdulillah, anda telah menemui seorang lelaki yang baik.
Tetapi kita di sini tidaklah bercakap perihal baik atau tidak.
Sama juga dengan soalan skeptik : habis, orang tutup aurat semua baiklah?
Ustaz Azhar Idrus jawab : belum tentu, tapi orang yang baik mestilah akan menutup aurat.
Ini pun serupa. Bukanlah lelaki yang meremehkan soal agama itu tidak baik, tetapi seorang lelaki yang baik pastilah tidak akan meremehkan soal agama.
Dia pastilah seorang lelaki yang benar-benar mempunyai ciri-ciri seorang imam.
Nah, carilah lelaki jenis itu sebagai suami. Lelaki yang mampu menjadi imam, dalam dan luar solatmu.
Lelaki yang bertegas denganmu dalam hal-hal agama, dan berlembut denganmu dalam hal-hal dunia.
Bukankah dirimu mahukan perkahwinan itu sampai ke syurga? Bagaimana mungkin seorang lelaki yang tidak tahu jalan ke syurga boleh membimbingmu untuk sampai ke sana?
Buatlah pilihan dengan bijak.
Carilah untuk dirimu seorang IMAM, bukan semata-mata seorang jejaka.

“CARILAH”
LELAKI yang MAMPU menjadi IMAM untuk KAMU,
Yang MENITISKAN AIR MATANYA apabila MELIHAT
KESAKITAN KAMU KETIKA MELAHIRKAN ZURIATNYA ,
Dan LELAKI yang MEMBANGUNKAN KAMU untuk BERIBADAT
BERSAMA – SAMA DI SEPERTIGA MALAM .
JIKA PENCARIAN ITU TELAH KAMU TEMUI , JANGAN LUPA
BERSYUKUR KEPADA-NYA . jadilah, PERMAISURI HATINYA , PENEMAN DIKALA SUKA dan DUKA, PENGUBAT RINDU dan LARA..

#Renungan

Selasa, 28 April 2015

SUKSIS FAMILY~

Bismillahirrahmirrahim...

Assalamualaikum semua..terlalu lama sangat rasanya tak update blog nie..sampai kawan2 pun aa yang tanya x update blog ke faeza..hahaha.. berapa bulan ini amat bz dengan program SUKSIS dan di fakulti..x sempat nak update,,haha..btw mmndgkan prgrm Suksis agak pack sem nie..so..nk update about Family of Suksis... ^_^

Di sinilah ku kenal erti persahabatan terutamanya bersama mereka yg berlainan agama dan bangsa..

Di sinilah ku temui keluarga dan adik beradik yg mmg pelbagai ragam dan gaya..

Di sinilah ku belajar erti disiplin, kerjasama, kepimpinan, semangat kesukanan dan sebagainya..

Thats is Family of Suksis... Just one word I want to say about them...They're AWESOME!!!!!

Selama 6 tahun..aq di bumi sekolah agama yg hanya dikelilingi rakan2 berbangsa Melayu..namun,takdirNya aq masuk ke UKM dan terpilih utk berada dalam Suksis..aq bertemu dgn rakan2 yg berlainan bangsa dan agama..semuanya (Melayu, India, Cina) merupakan adik beradik yg amat aq sayang dlm Suksis nie...haha

Dengan mereka...terutama Skuad Intermediatte..

Gurauan dan gelak tawa menghiasi hari2ku..

Sedih dan Gaduh turut mewarnai hari2 kami..

Pelbagai rasa dikongsi bersama sama ada susah mahupun senang..

Merekalah sahabat2ku..bukan sekadar kawanku.. (ada beza antara kawan dan sahabat :P )

Sem depan kami akan menjadi Skuad Senior..hmm..Masa berlalu dengan sangat pantas... Jauh di sudut hati..sedih rasanya bila tiba saat2 akhir di dalam Suksis nnti.. :'(

Moga ukhuwah dan pershabatan berkekalan hingga ke akhirnya.. :)

#FamilyPotrait   #WeAreRare #SebabSemua


SUKAT 2015 ( org dah gerak balik kami sempat amik gmbr,,haha)


KASSIS 2015 ( time jd penyokong setia bola sepak,,haha,,berhujan utk support..sayang inter! )


Kem menembak (sedih x dpt hadir..tp bangga dgn skuad Inter..we are Champion!!yeah.. )


Kem Pertolongan Cemas ( suka persekitaran kt sini..ala2 musim luruh..haha)


Program Jalinan Mesra bersama USM 


Sukat 2015 (One Big Family!! #SebabSemua # WeAreRare)


KASSIS15 (Bersama member rapat dalam suksis..sayang semuanya :)


Kassis15 (smpi nk trjatuh amik gambar,,yola,,pantang nmpk camera..haha)


Sukat15 (nie bersama team member yg join Marathon 4km..huhu)







Sabtu, 7 Mac 2015

Kata Ibarat Pedang

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah masih diberikan ruang dan nafas..dlm menyampaikan dakwah kpd sahabat2 semua .. Moga semua di bawah rahmat dn hidayahNya.. Lama sudah tidak menulis tinta di blog ini..Agk sibuk dgn amanah yg Allah taklifkan di bumi UKM.. ^_^

Sepanjang berada di UKM..Macam2 ragam kawan..member yg dpt dilihat..diperhati..dn dinilai..hmm

"Bodohla kau"

"Wtf"

"Bab1"

Itu antara kata2 yg kasar yg sering didengari trutama dr kaum adam..namun ku akui...ada segelintir kaum hawa juga turut berkata sedemikian..hmm..

Sesuatu kata2 sngt penting utk dijaga dn dipelihara..kerana apa??

Kerana kata kita jd insan yg dikagumi org lain...

Kerana kata kita jd insan rujukan org2 sekeliling..

Kerana kata kita jd manusia yg bermanfaat..

Namun.............

Kata2 itu bisa jdkan kita dibenci org lain..

Kata2 itu bisa jdkan org sekeliling jauh dr kita...

Dan kata2 itu bisa jdkan kita manusia yg buruk dn hina di mata insan sekeliling kita...

~Tepuk dada tanya iman kita...Kita nak di posisi yg mana! :)

Jagalah tutur bicara kita...

Peliharalah butir kata kita...

Kerana..tak semua org boleh terima dgn kata2 yg kasar dr kita...

Tak semua org boleh terima dgn gurauan yg mnghiris hati..

Tak semua org boleh terima dgn teguran yg kasar dr kita...

Fikir2kanlah...

Guna ungkapan kata yg baik2...

Guna teguran dakwah secara hikmah..

Sungguh..HATI manusia itu sensitif...walau secara zahir..kita nmpk org sekeliling kita ok dgn kata2 kita..namun ..secara batin...kita tak tahu..Hanya Allah yg Tahu..Hmm..

Kata itu ibarat pedang!!

Boleh mnjd suatu benda yg bantu kita kearah kebaikan...

Dan ia boleh jd suatu benda yg sngt bahaya utk kita sehingga mmpu 'mmbunuh'....

Na'uzubillahuminzalik...Moga Allah sentiasa pelihara kita.. ^_^

#JagaKata2 #BerhikmahlahDalamBerkata


Sabtu, 7 Februari 2015

Genap 21 Tahun

Bismillahirrahim...

Sungguh lama rsenye x menulis tinta di blog nie...bnyk aktiviti dn ursn yg mndatang...smpi x ter'update' blog nie...hihihi :-D

"Sanah helwah faeza"

"Selamat hari lahir serikandi"

"Happy birthday liana..kawen jgn lupa jemput"

"Moga trus kuat dan brjaya dunia akhirat"

Itulah antara ucapan2..nasihat2..yg diberi dr family sndiri..sedara mara..kawan2 yg mengenali diri ini...smpai x trjawab ucapan2 semua..biasala bila hari lahir..mmg wish xkn dapat lari..haha..pepun..jazakumullah diatas sgala ucapan yg diberi dr sume yg bg ucapan..dan mendoakan... ^_^

1994  : aq dilahirkan ke dunia yg penuh mihnah ini..
1995- 1998 : bertatih dlm mengenal dunia..mula berjalan..menangis.. (fitrah dak kcik..hihi)
1999-2000:  diri nie mula mengenali huruf..nombor.. (zaman tadika daa..haha)

___________________

2001-2006:  zaman skola bermula..pakai beg baru..de pensil box sndiri..mula mengenal dgn lbh mndalam cara mengira..membuat karangan..brmain muzik..join prtandingan..hahaha..( zaman skola rendah)

2007-2009:  mula masuk ke alam sekolah menengah...mcm2 yg dipelajari..PMR bermula..kenakalan juga menguasai diri..haha..kena rotan dgn guru disiplin~haha..kepimpinan jgk telah dilatih dalam masa nie..

2010-2011 : bermula tingkatan 4 dan 5...focus to SPM..mcam2 dugaan msa nie..dugaan dlm kepimpinan..sikap kawan2..bnyk mematangkan diri nie...

___________________

2012:  mnyambung pelajaran di peringkat STAM..walau dalam 10 bulan blaja..mcm2 yg dpt dipelajari..dugaan di skola baru..pahit manis..perasaan dnn hati diuji saat ini...mcm2..ini merupakan tahun terakhir untkku..sbgi pelajar SEKOLAH..hmm.. (rndu sngt zaman skola.. :'( )

2013: mula berjinak2 dalam pekerjaan..sambil menanti result utk degree ke Universiti...walau x lama..tp alam pekerjaan..mmg mematangkan diri..bila berhadapan dgn org yg x dikenali..org2 yg lebih dewasa dr kita..tahun ini..tahun yg sngt sedih..arwah abah pergi meninggalkan aq dan family..ermm..dugaan sngt kuat untukku..dalam msa yg sama persiapan perlu dibuat utk melangkah ke menara gading yg mrupakan harapan arwah abah..utk melihat ku ke menara gading... :'(   harapan utk ku ke bumi Anbiya' tidak kesampaian..pesanan arwah abah yg x mngizinkan ku ke sana..ku akur.. segala ketentuanNya..ku cuba terima dgn hati yg kuat dan tabah... :'(  ku melangkah ke UKM dgn azam dan smgt dr family dn memgang sgala pesanan arwah abah...insyaa allah..aq akan belajar brsungguh2.. :'( 

2014 : alam universiti..penuh cabaran dn dugaan..kepimpinan dlm rentak universiti..berjumpa dgn kwn2 baru..muslim..non-muslim..sngt seronok..alam universiti..makin mematangkan diri ini dalm brhdapan dgn dunia luar dr alam persekolahn dlu..persoalan hati dan perasaan juga diuji..tp ku cuba tepis sebaik mungkin..kerana matlamat utama ku ke universiti..ingin mmbrikan segulung ijazah..dan kejayaan buat family aq..aq ingin merealisasikan impian arwah abah utk melihatku berjaya..namun..ku tidak menidakkan persoalan jodoh..insyaa allah..smpai masanya..hati nie..akan trbuka utk jodoh yg ditetapkan olehNya... ^_^

____________________

2015 (21 TAHUN) 

kini genap umurku 21 tahun..azamku..moga aq terus smgt dan kuat dalam menghadapi setiap dugaan di muka bumi ini..tinggal setahun setengah utk aq menghabiskan degree ku di bumi UKM..moga Allah terus kuatkan diri ini..moga diri ini dpat mnjd insan yg brmanfaat utk insan sekeliling..dan membanggakan family...itu impianku..moga hati ini tidak terpesong dan trpengaruh dgn godaan dunia yg sngt kuat.tetapkan hati nie Ya Rabbi.. :'(  soal jodoh mngkin blm msanya..insyaa allah Kau yg tahu dimanakah 'dia'..ku yakin dgn janjiMU dalam surah An-Nur ayat 26..ku sedang cuba membentuk diri..mmpersiapkan diri..dalam mnjd seorg wanita dan isteri yg solehah!.. moga Allah bantu diri ini..insyaa allah ....aq nk bantu keluargaku..hmm..itu impianku..:'(  :'(  :'(

_________________________________________________________________

# Moga diri ini terus thabat di landasan perjuanganNya...

# Saat ini..jauh di sudut hati..ku rindu dgn arwah abah..ku rindu ucapan dari arwah abah...moga arwah abah tenang kat sana..doa akk sentiasa utk abah..Akak rindu abah! Akk akn ingat segala pesanan abah kt akk sblm abah tnggalkan dunia ini..nasihat abah sntiasa mnjd pegangan akk..insyaa allah akk jaga mama dan adik2 sebaik mungkin..Akak sayang ABAH!!!!!! :'(  :'(  

# Mama dan adik abg sumber kekuatan diri ini dalam menempuh hidup di dunia ini..moga mama dn adik abg sentiasa dlm perlindunganNya..doa akk sentiasa utk family..Allah ada dgn kita walau di mana kita berada!!

Okla..itu saja cerita hatiku ari nie..aq harap aq akn trus kuat..hati dan diri ini MilikNya..moga Kau sentiasa bantuku Ya Rabbi..Kau sentiasa disisiku saat aq susah senang...^_^ 




Khamis, 11 Disember 2014

Hatiku MilikNya

Bismillahirrahmanirrahim....

Alhamdulillah diberikan kesempatan utk menulis tintaku disini....busy x trhingga rasanya..tmbh2..nak final..lbh kurang 2 mnggu lg... so bnyk yg perlu disiapkan..dn di submit...biasalah lumrah student...hihi... btw ingin berkongsi dengan sahabat2 semua something..hihi..

Sejak dr sekolah..persoalan hati..sngt aq sukar utk menjawabnya...sangat rumit utk aku rungkaikan...Namun..Junior2..sahabat2 yg dikasihi.. banyak brtanyakan soalan ini kepadaku...

"Akak cmne ye..kita minat sngt kt abg sorg nie..."

"Akak kita bnyk kali buat istikharah..nmpk dia je cmne?"

"Faeza..ko en kawan aq..cmne ye kita nk jaga hati nie..?"

"Faeza..cmne kita nk tw seseorang lelaki itu serius dgn kte..?"

Erm..mcm2 yg diadukan..walau sngt berat ingin ku menjawabnya...tambah2 lg..hakikatnya aq tiada pengalaman...ya ku akui..namun..tugas sebagai da'ie..ku galas sebaik mgkin..ku jawab sehabis mungkin..supaya mad'u dapat memahami segala yg ku sampaikan...Jujur ku katakan..ia bukan mudah..kita x berada di tempat mad'u...hmmm...

Bagiku persoalan hati..persoalan cinta belum masanya utk kufikirkan...alhamdulillah hati ini masih dalam pemeliharaanNya..selama diri ini masih bernafas..terima.kasih Rabbi..ya mungkin..kdg2 aq melukai hati sang Adam..aq mohon maaf...namun ketahuilah ia bukan niatku...sebenarnya ku jaga hati ini..hanya utk yg halal buatku..ya..bukan mudah..tp itu yg aq pegang..Hati ini..ku serahkan pada sang Khaliq utk satukan ia dengan insan yg aq tidak ketahui spe...hmm..

Apa yg aku tahu..ku cuba bimbing diri menjadi seorg wanita solehah..ku sedang mentarbiyah.diri mnjd hambaNya yg bertaqwa...Prinsipku..tntg persoalan hati dan cinta..

"Jika kita rebut cinta Allah dan RasulNya..Allah akan hantarkan seseorang utk cintakan kita...yg turut cintakanNya dan.RasulNya.."

Ya...fitrah manusia..ingin dicintai dan disayangi..tapi..rebutlah cinta yg hakiki..Percayalah kita xkn rugi...sikit pun x..
Lirik lagu yg sentiasa ku ingati dn ku pegang sejak dari sekolah....

"Cintakan bunga..bungakan layu..."
"Cinta manusia....manusiakan pergi..."
"Cintakan rasul..Cinta Sejati..."
"Cintakan Allah...kekal abadi..."

Jauh di sudut hati...ku berdoa..moga hati ini trus thabat(tetap) kepadaNya..tidak trlalu mengejar cinta manusia yg x psti..moga hati ini trus trpelihara dari godaan syaitan dan nafsu diri..dan ku akui..ku berdoa moga Allah temukan aq dengan insan yg soleh dan selari dgn saranan Nabi Muhammad SAW berkaitan jodoh...

Buat bakal imamku....diri ini masih berada di fasa tarbiyah..menjadi yg trbaik buatmu...khususnya mnjd wanita yg hebat di pandanganNya..nantikanlah diriku...persiapkanlah juga dirimu..moga kita dipertemukan di waktu..dan masa yg akan ditentukan olehNya nanti..Insyaa allah... Sama2 kita yakin dengan janji Sang Khaliq dgn Surah An-Nur ayat 26...^_^

~HatikuMilikNya~

#MogaBermanfaat






Selasa, 4 November 2014

AirMata Kekuatan

Bismillahirrahmanirrahim....

Alhamdulillah diberi kesempatan utk menulis tintaku disini....

Hari nie.. (4/11/204) xtaw kenapa sayu sungguh hati...saat sedang berbicara dgn seorg kakak satu kos..teringat perbualan brsama seorg ustz yg ku kagumi...

"Faeza..cmne blaja?ok?dah lama nk tnye..suksis (badan bruniform polis di universitiku) sibuk ke???"

Menunduk kepalaku di hadapan ustz....

"Xla ustz..sejujurnya..suksis mmg x gnggu sy langsung..."

Sebenarnya ada perkara yg lain mngnggu yg mnyebabkan jatuh....ya!ku akui... :'( agak lama berbual dgn ustz..sebab ada bnda penting yg dh lama aq nk tnye..akhirnya terjawab...bicara akhir ustaz..

"Faeza kuat! Mesti boleh..bnyakkan berdoa padaNya..kalau ada pape masalah boleh bgtw.."

"Terima kasih ustz...insyaa allah" jawabku perlahan...

Tiba2 menitis air mata wanitaku di hadapan kakak nie..ble tringat balik bual bicara dgn ustz...ya..diri nie sangat sukar menitis air mata..hnya Dia yg tahu saat bila hati ini terusik...ketika bila hati ini sedih...
Dia jugalah yg memberikanku kekuatan..Terima kasih cinta hatiku...Allahu Rabbi.. :'(

Kakak nie memberikanku semangat..terima kasih kak! ^^ jujur aq xtw kenapa..sem nie sngt menguji imanku..sangat mencabar masaku dalam mmbahagikan antara belajar dan amanah yg ditaklifkan...kadang2 aq rasa x snggup nk galasnya..
ya...kadang2 aq jatuh..menangis....xde spe yg tahu....

Saat ini...tintaku diiringi dgn butir2 mutiara dr mataku....ya..aq kalah!berikanlah aku kekuatan ya rabbi... aq x kuat....

Bayangan wajah mama bermain di mindaku...nasihat penuh hikmah arwah abah terngiang2 di telingaku....memberiku semangat dan memujuk hati ini.... :'(

Kata2 Imam As-Syafie membelai hati ini..3

"Org berilmu dan beradab xkn diam di kampung halaman"

"Berlelah-lelahlah..manisnya hidup terasa setelah lelah berjuang"

#Antara wasiat Imam Syafie tntg kehidupan...^^

"Sabar menghadapi musibah adalah sebesar-besar erti sabar di mana sabar itu sendiri memerlukan kesabaran pula. Bala dan musibah menunjukkan adanya perhatian dan kasih sayang Allah. Oleh itu, bersyukurlah kerana syukur yang sedemikian setinggi-tinggi erti syukur."

Ku pujuk hati dengan kembali padaNya...ya..sesungguhnya Dialah yg Maha Mengetahui apa yg terbaik utk hamba2Nya....

Sungguh menuntut ilmu itu bukan sesuatu yg mudah...memerlukan kesabaran dalam menimbanya...samala juga dengan amanah...sebenarnya ia mendidik kita supaya mnjd org yg bertanggungjawab...

Jika diteliti..ianya ujian dr Sang Khaliq yg mahu melihat sejauh mana kita bersabar..sejauh mana kita menahan serta menghadapi segala duri2 ini..jalan2 berliku dalam mencapai sesuatu yg kita nak..yg pling penting dalam mencapai mardhatillah dalam setiap perkara yg dilakukan... ^_^

Bersabarlah wahai hati...jika airmatamu jatuh saat dirimu menahan kesabaran..menanam kekuatan dalam mehnah dunia...biarkanlah ia jatuh....lepaskannya...insyaa allah selepas itu dirimu akan menemui ketenangan...diiringi doa yg x putus2 kepadaNya.. :)

Dikau boleh hadapinya wahai diri! Terima dengan hati yg redha ^^
~waallahu'alam~

Sabtu, 11 Oktober 2014

Jangan Tabarruj!

Bismillahirrahmanirrahim...

Ku mulakan tinta hari nie..dgn TABARRUJ....apa itu tabarruj..mksd die secara ringkas..berlebih2 dalam brhias..perkara nie mungkin nampk remeh bg sesetengah kaum hawa di luar sana...bg aq sejujurnya..aq takut dgn bnda nie..risau dibuatnya..sebab...kita tak tahu pandangan org trhadap kita..walau kita rasa kita biasa je..bukan pe takut jadi FiTNah....hmmm

Duhai kaum hawa yg disayangi sekalian...

Kalian adalah fitnah yg paling besar di bumi yg fana ini...kerana apa?
Kerana kalian...kaum adam bisa tumbang...
Kerana kalian...boleh trcetusnya pergaduhan dan pergolakan....

Allahu...fikir2kanlah..sebagai wanita..aq risau...ya..tersangat risau dan takut...moga Allah jauhkan diri ini dr mnjd fitnah di luar sana...

Sungguh kaum hawa yg ku hormati sekalian...

Kalian adalah kelompok yg paling ramai di dunia ini..berbnding kaum adam..
Kerana kalian...kaum adam boleh menjadi positif atau negatif...
Ya..kaum adam bisa jatuh atau bangkit kerana insan bergelar WANITA..
Peliharalah diri dan maruah kalian..
Seperti mana kalian menjaga barang kesayangan kalian...
Perelokkanlah akhlak dan peribadi kalian...
Kerana akhlak dan peribadi yg mulia itu dinilai insan sekeliling...

Peringtan ku tujukan buat diriku juga yg sentiasa dlm kealpaan...

Sungguh diri ini banyak salah dan silap...

Janganlah kita menjadi fitnah kepada kaum adam diluar sana...sama2 kita perbaharui diri...

Duhai kaum adam yg dirahmati Allah sekalian..pimpinlah kami...betulkanlah kami andai tersalah langkh...jangan kalian tinggalkan kami terus dalam fana dunia..

Ya..hakikatnya..kaum adam dn kaum hawa diciptakan utk saling melengaapi...
Indah sungguh ciptaan Illahi....

Bersederhanalah dalam perhiasan kalian kaum hawa....simpanlah ia utk yg HALAL buatmu...waallahua'lam... :-) 

-coretan serikandi_liana-