~assalamualaikum ini adalah cerita hatiku اهلا وسهلا ومرحبا بكم ~

Sabtu, 19 Oktober 2013

Biografi Ibnu Tufail




2.1       BIOGRAFI IBNU TUFAIL

Nama beliau yang sebenar ialah Abu Bakr Muhammad Ibn Abd Malik Ibn Muhammad Ibn Tufail A-Qaisi Al-Andalusi Al-Isybili Al-Qurtubi (أبو بكر محمد بن عبد مالك بن محمد بن طفيل بن القيسي الأندلسي الأشبلي القرطبي) Beliau telah dilahirkan di desa ‘Asya, Granada (غرناطة). Granada satu tempat yang terkenal dengan kecantikan, kesenian, kegembiraan dan muzik di dalamnya. Di Barat beliau digelar ‘AbuBacer’ yang telah mewarisi “Aristotle rationalism”. Beliau merupakan seorang ahli falsafah yang cekap dan mahir sehingga tergolong dalam golongan yang bijak pandai dan hebat yang telah banyak member kesan yang meluas dalam sejarah manusia dari sudut pemikiran dan keilmuan. Ibnu Khalkan telah memberitahu beliau telah belajar falsafah secara talaqqi dengan Ibnu Bajjah (1100-1138 M), seorang ilmuan yang besar. Berkat bimbingan sang guru yang hebat itu, Ibnu Tufail menjadi seorang ilmuan besar.
            Ibnu Tufail mempunyai murid iaitu  Ibnu Rushd alias Averroes (1126-1198M) yang terpengaruh dengan pemikiran Ibnu Tufail. Bahkan menurut sejarah astronomer, Nur Addin bin Ishak Al-Batruji juga sempat menimba ilmu dari Ibnu Tufail sehingga telah menulis kesusasteraan dalam penyusunan Batlimus. Ibnu Rushd merupakan murid kesayangan Ibnu Tufail.


            Pada zaman Ibnu Tufail nama baiknya sebagai pemikir dan pelajar telah membuatnya dipuji sebagai Maecenas. Beliau lebih menggemari membaca buku daripada bergaul dengan masyarakat. Disebabkan ketekunan pembacaan buku-buku di perpustakaan peribadinya, beliau dapat mengumpul banyak maklumat tentang pengetahuan. Para ahli sejarah tidak dapat memberitahu keseluruhan latar belakang dari tokoh ini disebabkan keterbatasan data. Tidak diketahui keluarga dan kerabat Ibnu Tufail. Sejarah hanya mencatatkan bahawa beliau pada masa hidupnya merupakan seorang tokoh yang disegani dan berpengaruh. Beliau telah meninggal dunia pada tahun 1185M (79-80 tahun) di Marakisy, Morocco.




















Tiada ulasan:

Catat Ulasan