~assalamualaikum ini adalah cerita hatiku اهلا وسهلا ومرحبا بكم ~

Sabtu, 14 September 2013

Khas utk kaum Hawa :)

Wahai Muslimah!!
jangan risau akan jodohmu,
kerana muslimah yang bijaksana itu,
Tidak akan terpaut pada lelaki hanya kerana seraut wajah nan indah,
Pada mereka janji manis yang bertaburan,
Pada lelaki yang meruntuhkan maruah dan iman,
Sesungguhnya kau adalah pemimpin bagi wanita,
Andai belum sampai jodohmu,
Anggaplah bahawa ADAM yang kau nantikan itu sedang sabar
menanti membina sahsiah untuk melengkapi
kekurangan dirimu,dan ADAM yang benar-benar layak
pasti akan hadir untuk menemani perjuanganmu
dan mengkagumi kepimpinanmu....Insyaa allah.. ^_^

Firman Allah SWT :-

" Perempuan-perempuan yang keji untuk lelaki yang keji dan lelaki-lelaki yang keji untuk pere,puan yang keji(pula), sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik(pula). Mereka itu bersih daripada apa yang dituduhkan orang.Mereka memperoleh keampunan dan rezeki yang mulia (syurga) "

                                                                                                          (Surah An-Nur ayat 26)

coretan hati seorang hamba

Aku semakin tidak mengenali diri sendiri,
Dek kerana dihujani pelbagai mihnah,
Sehingga kadangkala tidak mampu untuk bernyawa di dunia yang fana ini,
Dunia yang penuh penipuan,
Dunia yang penuh cabaran,
Dunia yang penuh dugaan,
Di keheningan malam,
Aku meratap sepi,
Manik-manik jernih semakin membasahi wajahku,
Kesedaran mulai menghinggapi diri ini,
Bahawa setiap dugaan itu mempunyai hikmahnya,
Di atas sejadah aku memohon keampunanNya,
Hatiku semakin tenang disulami dengan zikrullah,
NamaMu membelai jiwaku,
Dengan azimat yang baru dan membara,
Diri ini akan berusaha untuk menjadi hamba yang lebih dekat dengan Illahi,
Hamba yang cintakan pencipta dan RasulNya,
Perasaan syukur menerpa di dalam diri,
Setiap ketentuanNya,ku pasrah dan redha,
Dengan hati yang tulus dan kudus serta khuduk' kepadaNya,
Terima kasih Ya Rabb!Ya Fattah!Ya Rahman....... :)


kasih illahi :)