~assalamualaikum ini adalah cerita hatiku اهلا وسهلا ومرحبا بكم ~

Selasa, 12 Mei 2015

Special 4 U Ladies



Carilah Lelaki yang Mampu Jadi Imam

“Abang..hari tu ingat period dah habis. Ayang dah mandi, dah solat. Tapi hari ni keluar balik..kira period balik ke bang? ”
” Maybe kot. Try search kat google..”
” Dah tapi macam tak paham sangatla bang. Erm, Kak Erma cakap dekat masjid belah pagi ada kuliah muslimat, ada ustazah ajar masalah-masalahmacam ni..”
“Buat apa..cari je kat youtube. Banyak kuliah-kuliah dalam tu. Lagipun abang sibuk, mana sempat nak hantar nak ambik kat masjid..”
Dan si isteri terus terdiam. 3 tahun perkahwinan, isu yang sama berulang, si suami pula terus menerus memberi alasan.

*****************
Asal kepada seorang wanita adalah pengikut. Ertinya, dia berhajat kepada pemimpin dan pembimbing.
Asal kepada seorang lelaki pula adalah ketua. Ertinya dia merupakan seorang pemimpin dan pembimbing.
Sebab itu dianalogikan suami sebagai imam.
Apa peranan imam dalam solat?
Guide makmum, kan? Apabila selesai dibaca Al-Fatihah, makmum mengaminkan bacaan tersebut. Apabila imam rukuk, makmum ikut rukuk. Apabila imam sujud, makmum ikut sujud.
Bagaimana pula jika imam tersalah rakaat? Atau terlupa dalam bacaan surah?
Makmum menegur. Lelaki bertasbih, perempuan bertepuk. Ada tatacara dan tertibnya.
Analogi ini suatu yang besar jika benar-benar diaplikasikan dalam hidup.
Dalam solat, ada imam dan ada makmum dengan segala tatatertibnya.
Di luar solat, ada ketua dan ada pengikut dengan segala undang-undang dan aturannya.
Begitulah indahnya Islam. Ia datang untuk menjernihkan hidup manusia dan memastikan manusia hidup dalam aturannya yang benar, betul dan tepat.

PERKAHWINAN

Ia bukan perjanjian sehari dua atau sebulan dua. Bukan juga sampai tua.
Ia perjanjian sampai mati.
Justeru, sebelum berkahwin, mesti fahami peranan masing-masing dalam perjalanan panjang tersebut.
Suami terutamanya. Jangan seronok sahaja kerana digelar ketua. Tetapi tidak pula bersedia bersungguh-sungguh untuk menjadi seorang ketua.
Ada tanggungjawab yang besar Allah bebankan seusai lafaz akad nikahmu.
Jangan hanya seronok tersengih-sengih dan bergambar mesra ( kemudian ditayang sehabis bangga di alam maya ) tetapi bab bersuci pun entah ke mana. Haid dan nifas dianggap sebagai ‘bab orang perempuan’ yang tidak perlu diketahui oleh lelaki.
Sebab itu tidak pelik, ada suami menengking isteri bila disoal tentang itu.
” Awak kan perempuan? Hidup dah bertahun-tahun takkan awak tak pandai-pandai lagi bab tu?! ”
Suami yang bertanggungjawab tidak akan mengungkapkan kata-kata seperti itu. Hakikatnya, ia adalah ungkapan alasan bagi suami yang mahu lari dari tanggungjawab.
Bukankah mengajar isteri fardhu ain itu suatu perkara wajib bagi suami?
Bukankah kalau isteri jahil tentang bab-bab haid, nifas, istihadhah dan sebagainya maka suami yang akan menanggung dosanya?
Bukankah menjadi kewajipan bagi seorang suami menghantar isterinya ke kelas agama jika dia tidak mampu mengajar perkara-perkara tersebut?

MENCARI SEORANG IMAM

Tak kacak tak apa, sebab lelaki memimpin bukan dengan kekacakan.
Tak kaya tak apa, sebab kekayaan bukan asbab hebatnya kepimpinan.
Ada lelaki rupanya tidak kacak, kulitnya gelap tetapi penampilannya kemas dan kefahaman agamanya cukup baik.
Namun ada ramai juga lelaki yang kacak, tetapi rambutnya panjang tidak terurus, pakaiannya selekeh dan tidak langsung menggambarkan ciri-ciri seorang pemuda Islam. Kefahaman agama dianggap perkara remeh.
Saya sebutkan ini kerana saya kira, memilih seorang imam tidak mudah.
Mungkin ramai wanita akan bertanya, bagaimana mahu memastikan dia seorang imam yang baik?
Ada yang merasakan lelaki kaki masjid itu terbaik sebagai imam.
Ada yang merasakan lelaki pandai bertazkirah agama itu terbaik sebagai imam.

Ada juga yang merasakan lelaki ‘berpengajian agama’ itu paling baik sebagai imam.
Saya geleng kepala.
Sungguh. Ia susah kerana sebagai manusia, kita hanya penilai zahiriah sedangkan batiniahnya, hanya Allah yang tahu.
Pun begitu, saya suka mencadangkan.
Sebagai wanita, anda diberi satu tempoh yang istimewa sebelum anda sah bergelar isteri kepada seorang lelaki. Tempoh itu dinamakan tempoh ‘suai-kenal’ atau istilah rasminya , bertunang.
Ramai orang tidak menggunakan tempoh ini sebaik mungkin. Ada yang belum apa-apa, sudah meletakkan ‘sepenuh ketaatan’ kepada si tunang. Ada yang melayan borak siang malam sampailah kepada bertemu di taman dan tengok wayang.
Jangan tiru tabiat-tabiat seperti itu. Bukan sahaja agama mengatakan ia sebagai tidak baik, bahkan akal juga mengatakan demikian.

MANFAATKAN TEMPOH BERTUNANG

Itulah satu-satunya tempoh terbaik untuk anda menguji sejauh mana si lelaki mampu menjadi imam kepada anda nanti.
Menguji itu tidak salah. Gunalah pelbagai method yang ada. Jangan mengintip dia di bilik tidur sudah.
Antara method yang mungkin anda boleh gunakan adalah, method perbincangan.
Jangan lupa, waktu berbincang itu, antara anda dan dia bukan suami isteri. Justeru, tidak ada ‘kewajipan’ sebagai isteri yang perlu anda tunaikan di ketika itu. Demand anda masih tinggi. Anda masih boleh mengatakan ‘tidak’ kepada dia jika tidak kena caranya.
Method berbincang, jika kena caranya, boleh memberi gambaran yang baik adakah si lelaki sudah menepati ciri-ciri seorang imam ataupun tidak.
Malangnya, method perbincangan ini tidak banyak digunakan dengan betul. Antara sebab utamanya adalah, sudah jatuh hati dan berpendapat, tiada jalan untuk berpatah balik melainkan meneruskan perkahwinan, biarpun tersingkap seribu kekurangan.
Tanpa sedar, ia mencacatkan hikmah sebuah pertunangan.

ASALKAN DIA BAIK ?

Biarlah dia tidak pandai agama pun, asalkan dia baik. Dia sayang saya, prihatin dan saya yakin dia mampu membahagiakan saya.
Alhamdulillah, anda telah menemui seorang lelaki yang baik.
Tetapi kita di sini tidaklah bercakap perihal baik atau tidak.
Sama juga dengan soalan skeptik : habis, orang tutup aurat semua baiklah?
Ustaz Azhar Idrus jawab : belum tentu, tapi orang yang baik mestilah akan menutup aurat.
Ini pun serupa. Bukanlah lelaki yang meremehkan soal agama itu tidak baik, tetapi seorang lelaki yang baik pastilah tidak akan meremehkan soal agama.
Dia pastilah seorang lelaki yang benar-benar mempunyai ciri-ciri seorang imam.
Nah, carilah lelaki jenis itu sebagai suami. Lelaki yang mampu menjadi imam, dalam dan luar solatmu.
Lelaki yang bertegas denganmu dalam hal-hal agama, dan berlembut denganmu dalam hal-hal dunia.
Bukankah dirimu mahukan perkahwinan itu sampai ke syurga? Bagaimana mungkin seorang lelaki yang tidak tahu jalan ke syurga boleh membimbingmu untuk sampai ke sana?
Buatlah pilihan dengan bijak.
Carilah untuk dirimu seorang IMAM, bukan semata-mata seorang jejaka.

“CARILAH”
LELAKI yang MAMPU menjadi IMAM untuk KAMU,
Yang MENITISKAN AIR MATANYA apabila MELIHAT
KESAKITAN KAMU KETIKA MELAHIRKAN ZURIATNYA ,
Dan LELAKI yang MEMBANGUNKAN KAMU untuk BERIBADAT
BERSAMA – SAMA DI SEPERTIGA MALAM .
JIKA PENCARIAN ITU TELAH KAMU TEMUI , JANGAN LUPA
BERSYUKUR KEPADA-NYA . jadilah, PERMAISURI HATINYA , PENEMAN DIKALA SUKA dan DUKA, PENGUBAT RINDU dan LARA..

#Renungan

Selasa, 28 April 2015

SUKSIS FAMILY~

Bismillahirrahmirrahim...

Assalamualaikum semua..terlalu lama sangat rasanya tak update blog nie..sampai kawan2 pun aa yang tanya x update blog ke faeza..hahaha.. berapa bulan ini amat bz dengan program SUKSIS dan di fakulti..x sempat nak update,,haha..btw mmndgkan prgrm Suksis agak pack sem nie..so..nk update about Family of Suksis... ^_^

Di sinilah ku kenal erti persahabatan terutamanya bersama mereka yg berlainan agama dan bangsa..

Di sinilah ku temui keluarga dan adik beradik yg mmg pelbagai ragam dan gaya..

Di sinilah ku belajar erti disiplin, kerjasama, kepimpinan, semangat kesukanan dan sebagainya..

Thats is Family of Suksis... Just one word I want to say about them...They're AWESOME!!!!!

Selama 6 tahun..aq di bumi sekolah agama yg hanya dikelilingi rakan2 berbangsa Melayu..namun,takdirNya aq masuk ke UKM dan terpilih utk berada dalam Suksis..aq bertemu dgn rakan2 yg berlainan bangsa dan agama..semuanya (Melayu, India, Cina) merupakan adik beradik yg amat aq sayang dlm Suksis nie...haha

Dengan mereka...terutama Skuad Intermediatte..

Gurauan dan gelak tawa menghiasi hari2ku..

Sedih dan Gaduh turut mewarnai hari2 kami..

Pelbagai rasa dikongsi bersama sama ada susah mahupun senang..

Merekalah sahabat2ku..bukan sekadar kawanku.. (ada beza antara kawan dan sahabat :P )

Sem depan kami akan menjadi Skuad Senior..hmm..Masa berlalu dengan sangat pantas... Jauh di sudut hati..sedih rasanya bila tiba saat2 akhir di dalam Suksis nnti.. :'(

Moga ukhuwah dan pershabatan berkekalan hingga ke akhirnya.. :)

#FamilyPotrait   #WeAreRare #SebabSemua


SUKAT 2015 ( org dah gerak balik kami sempat amik gmbr,,haha)


KASSIS 2015 ( time jd penyokong setia bola sepak,,haha,,berhujan utk support..sayang inter! )


Kem menembak (sedih x dpt hadir..tp bangga dgn skuad Inter..we are Champion!!yeah.. )


Kem Pertolongan Cemas ( suka persekitaran kt sini..ala2 musim luruh..haha)


Program Jalinan Mesra bersama USM 


Sukat 2015 (One Big Family!! #SebabSemua # WeAreRare)


KASSIS15 (Bersama member rapat dalam suksis..sayang semuanya :)


Kassis15 (smpi nk trjatuh amik gambar,,yola,,pantang nmpk camera..haha)


Sukat15 (nie bersama team member yg join Marathon 4km..huhu)







Sabtu, 7 Mac 2015

Kata Ibarat Pedang

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah masih diberikan ruang dan nafas..dlm menyampaikan dakwah kpd sahabat2 semua .. Moga semua di bawah rahmat dn hidayahNya.. Lama sudah tidak menulis tinta di blog ini..Agk sibuk dgn amanah yg Allah taklifkan di bumi UKM.. ^_^

Sepanjang berada di UKM..Macam2 ragam kawan..member yg dpt dilihat..diperhati..dn dinilai..hmm

"Bodohla kau"

"Wtf"

"Bab1"

Itu antara kata2 yg kasar yg sering didengari trutama dr kaum adam..namun ku akui...ada segelintir kaum hawa juga turut berkata sedemikian..hmm..

Sesuatu kata2 sngt penting utk dijaga dn dipelihara..kerana apa??

Kerana kata kita jd insan yg dikagumi org lain...

Kerana kata kita jd insan rujukan org2 sekeliling..

Kerana kata kita jd manusia yg bermanfaat..

Namun.............

Kata2 itu bisa jdkan kita dibenci org lain..

Kata2 itu bisa jdkan org sekeliling jauh dr kita...

Dan kata2 itu bisa jdkan kita manusia yg buruk dn hina di mata insan sekeliling kita...

~Tepuk dada tanya iman kita...Kita nak di posisi yg mana! :)

Jagalah tutur bicara kita...

Peliharalah butir kata kita...

Kerana..tak semua org boleh terima dgn kata2 yg kasar dr kita...

Tak semua org boleh terima dgn gurauan yg mnghiris hati..

Tak semua org boleh terima dgn teguran yg kasar dr kita...

Fikir2kanlah...

Guna ungkapan kata yg baik2...

Guna teguran dakwah secara hikmah..

Sungguh..HATI manusia itu sensitif...walau secara zahir..kita nmpk org sekeliling kita ok dgn kata2 kita..namun ..secara batin...kita tak tahu..Hanya Allah yg Tahu..Hmm..

Kata itu ibarat pedang!!

Boleh mnjd suatu benda yg bantu kita kearah kebaikan...

Dan ia boleh jd suatu benda yg sngt bahaya utk kita sehingga mmpu 'mmbunuh'....

Na'uzubillahuminzalik...Moga Allah sentiasa pelihara kita.. ^_^

#JagaKata2 #BerhikmahlahDalamBerkata


Sabtu, 7 Februari 2015

Genap 21 Tahun

Bismillahirrahim...

Sungguh lama rsenye x menulis tinta di blog nie...bnyk aktiviti dn ursn yg mndatang...smpi x ter'update' blog nie...hihihi :-D

"Sanah helwah faeza"

"Selamat hari lahir serikandi"

"Happy birthday liana..kawen jgn lupa jemput"

"Moga trus kuat dan brjaya dunia akhirat"

Itulah antara ucapan2..nasihat2..yg diberi dr family sndiri..sedara mara..kawan2 yg mengenali diri ini...smpai x trjawab ucapan2 semua..biasala bila hari lahir..mmg wish xkn dapat lari..haha..pepun..jazakumullah diatas sgala ucapan yg diberi dr sume yg bg ucapan..dan mendoakan... ^_^

1994  : aq dilahirkan ke dunia yg penuh mihnah ini..
1995- 1998 : bertatih dlm mengenal dunia..mula berjalan..menangis.. (fitrah dak kcik..hihi)
1999-2000:  diri nie mula mengenali huruf..nombor.. (zaman tadika daa..haha)

___________________

2001-2006:  zaman skola bermula..pakai beg baru..de pensil box sndiri..mula mengenal dgn lbh mndalam cara mengira..membuat karangan..brmain muzik..join prtandingan..hahaha..( zaman skola rendah)

2007-2009:  mula masuk ke alam sekolah menengah...mcm2 yg dipelajari..PMR bermula..kenakalan juga menguasai diri..haha..kena rotan dgn guru disiplin~haha..kepimpinan jgk telah dilatih dalam masa nie..

2010-2011 : bermula tingkatan 4 dan 5...focus to SPM..mcam2 dugaan msa nie..dugaan dlm kepimpinan..sikap kawan2..bnyk mematangkan diri nie...

___________________

2012:  mnyambung pelajaran di peringkat STAM..walau dalam 10 bulan blaja..mcm2 yg dpt dipelajari..dugaan di skola baru..pahit manis..perasaan dnn hati diuji saat ini...mcm2..ini merupakan tahun terakhir untkku..sbgi pelajar SEKOLAH..hmm.. (rndu sngt zaman skola.. :'( )

2013: mula berjinak2 dalam pekerjaan..sambil menanti result utk degree ke Universiti...walau x lama..tp alam pekerjaan..mmg mematangkan diri..bila berhadapan dgn org yg x dikenali..org2 yg lebih dewasa dr kita..tahun ini..tahun yg sngt sedih..arwah abah pergi meninggalkan aq dan family..ermm..dugaan sngt kuat untukku..dalam msa yg sama persiapan perlu dibuat utk melangkah ke menara gading yg mrupakan harapan arwah abah..utk melihat ku ke menara gading... :'(   harapan utk ku ke bumi Anbiya' tidak kesampaian..pesanan arwah abah yg x mngizinkan ku ke sana..ku akur.. segala ketentuanNya..ku cuba terima dgn hati yg kuat dan tabah... :'(  ku melangkah ke UKM dgn azam dan smgt dr family dn memgang sgala pesanan arwah abah...insyaa allah..aq akan belajar brsungguh2.. :'( 

2014 : alam universiti..penuh cabaran dn dugaan..kepimpinan dlm rentak universiti..berjumpa dgn kwn2 baru..muslim..non-muslim..sngt seronok..alam universiti..makin mematangkan diri ini dalm brhdapan dgn dunia luar dr alam persekolahn dlu..persoalan hati dan perasaan juga diuji..tp ku cuba tepis sebaik mungkin..kerana matlamat utama ku ke universiti..ingin mmbrikan segulung ijazah..dan kejayaan buat family aq..aq ingin merealisasikan impian arwah abah utk melihatku berjaya..namun..ku tidak menidakkan persoalan jodoh..insyaa allah..smpai masanya..hati nie..akan trbuka utk jodoh yg ditetapkan olehNya... ^_^

____________________

2015 (21 TAHUN) 

kini genap umurku 21 tahun..azamku..moga aq terus smgt dan kuat dalam menghadapi setiap dugaan di muka bumi ini..tinggal setahun setengah utk aq menghabiskan degree ku di bumi UKM..moga Allah terus kuatkan diri ini..moga diri ini dpat mnjd insan yg brmanfaat utk insan sekeliling..dan membanggakan family...itu impianku..moga hati ini tidak terpesong dan trpengaruh dgn godaan dunia yg sngt kuat.tetapkan hati nie Ya Rabbi.. :'(  soal jodoh mngkin blm msanya..insyaa allah Kau yg tahu dimanakah 'dia'..ku yakin dgn janjiMU dalam surah An-Nur ayat 26..ku sedang cuba membentuk diri..mmpersiapkan diri..dalam mnjd seorg wanita dan isteri yg solehah!.. moga Allah bantu diri ini..insyaa allah ....aq nk bantu keluargaku..hmm..itu impianku..:'(  :'(  :'(

_________________________________________________________________

# Moga diri ini terus thabat di landasan perjuanganNya...

# Saat ini..jauh di sudut hati..ku rindu dgn arwah abah..ku rindu ucapan dari arwah abah...moga arwah abah tenang kat sana..doa akk sentiasa utk abah..Akak rindu abah! Akk akn ingat segala pesanan abah kt akk sblm abah tnggalkan dunia ini..nasihat abah sntiasa mnjd pegangan akk..insyaa allah akk jaga mama dan adik2 sebaik mungkin..Akak sayang ABAH!!!!!! :'(  :'(  

# Mama dan adik abg sumber kekuatan diri ini dalam menempuh hidup di dunia ini..moga mama dn adik abg sentiasa dlm perlindunganNya..doa akk sentiasa utk family..Allah ada dgn kita walau di mana kita berada!!

Okla..itu saja cerita hatiku ari nie..aq harap aq akn trus kuat..hati dan diri ini MilikNya..moga Kau sentiasa bantuku Ya Rabbi..Kau sentiasa disisiku saat aq susah senang...^_^