~assalamualaikum ini adalah cerita hatiku اهلا وسهلا ومرحبا بكم ~

Sabtu, 14 September 2013

coretan hati seorang hamba

Aku semakin tidak mengenali diri sendiri,
Dek kerana dihujani pelbagai mihnah,
Sehingga kadangkala tidak mampu untuk bernyawa di dunia yang fana ini,
Dunia yang penuh penipuan,
Dunia yang penuh cabaran,
Dunia yang penuh dugaan,
Di keheningan malam,
Aku meratap sepi,
Manik-manik jernih semakin membasahi wajahku,
Kesedaran mulai menghinggapi diri ini,
Bahawa setiap dugaan itu mempunyai hikmahnya,
Di atas sejadah aku memohon keampunanNya,
Hatiku semakin tenang disulami dengan zikrullah,
NamaMu membelai jiwaku,
Dengan azimat yang baru dan membara,
Diri ini akan berusaha untuk menjadi hamba yang lebih dekat dengan Illahi,
Hamba yang cintakan pencipta dan RasulNya,
Perasaan syukur menerpa di dalam diri,
Setiap ketentuanNya,ku pasrah dan redha,
Dengan hati yang tulus dan kudus serta khuduk' kepadaNya,
Terima kasih Ya Rabb!Ya Fattah!Ya Rahman....... :)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan