~assalamualaikum ini adalah cerita hatiku اهلا وسهلا ومرحبا بكم ~

Selasa, 31 Disember 2013

Doa Nabi Daud A.S

Bismillahirrahmanirrahim,,,

Assalamualaikum,,lme rsenye dh x update blog nie,,almaklumlah,,exam final dh nk hampir sngt,,jd mmg kna focusla,,huhuhu,,di snie,,nk kongsi dgn sahabat2 sume,,doa yg selalu diamalkan oleh Nabi Daud A.S,,perasaan cintanya kepada Sang Khaliq sngtla tinggi,,Allahu Akbar!sedangkan dri nie,,bnyk sangat khilafnya,,ku cuba untuk sentiasa berusaha untuk merebut dn mengharap cinta Sang Khaliq,,sesungguhnya indahnya 'Halawatul Iman",,

Cintakan bunga, bungakan layu,
Cinta Manusia, manusiakan pergi,
Cintakan Rasul, cinta sejati,
Cintakan Allah, kekal abadi......

#sama2 kita sume muhasabah diri kita,,sejauh manakah rasa cinta dan rindu kita kepadaNya, sejauh manakah ketaqwaan kita kepadaNya,,Astaghfirullah'azim,,,Ampunilah dosa2ku Ya Allah,,,aamiin,,,

Nie doa Nabi Daud as,,sama2 kita amalkan,,, :)

“ Ya Allah, kurniakanlah daku perasaan cinta kepada-Mu, dan cinta kepada orang yang mengasihi-Mu, Dan apa sahaja yang membawa daku menghampiri cinta-Mu. Jadikanlah cinta-Mu itu lebih aku hargai daripada air sejuk bagi orang yang kehausan, Ya Allah, sesungguhnya aku memohon cinta-Mu, Dan cinta orang yang mencintai-Mu serta cinta yang dapat mendekatkan aku kepada cintaMu,
Ya Allah, apa sahaja yang Engkau anugerahkan kepadaku daripada apa yang aku cintai, Maka jadikanlah ia kekuatan untukku mencintai apa yang Engkau cintai. Dan apa sahaja yang Engkau singkirkan daripada apa yang aku cintai, Maka jadikanlah ia keredaan untukku dalam mencintai apa yang Engkau cintai, Ya Allah, jadikanlah cinta-Mu sesuatu yang paling aku cintai daripada cintaku kepada keluargaku, hartaku dan air sejuk pada saat kehausan.
Ya Allah, jadikanlah aku mencintai-Mu, mencintai malaikat-Mu, Rasul-Mu dan hamba-Mu yang soleh, Ya Allah, hidupkanlah hatiku dengan cinta-Mu dan jadikanlah aku bagi-Mu seperti apa yang Engkau cintai, Ya Allah, jadikanlah aku mencintai-Mu dengan segenap cintaku dan seluruh usahaku demi keredhaan-Mu.”
(Hadis riwayat At-Tarmizi)
Rasulullah SAW bersabda, “Inilah doa yang biasa dipanjatkan oleh Nabi Daud a.s.”



Tiada ulasan:

Catat Ulasan