~assalamualaikum ini adalah cerita hatiku اهلا وسهلا ومرحبا بكم ~

Sabtu, 1 Februari 2014

Tautan Hati

Assalamualaikum,,,lme x bukak blog nie..bz dgn urusan di Universiti,,,allahu akbar! skg cuti semester, di rumah,,..tiba2 ku teringat bait kata2 dalam novel Tautan Hati..hasil karya Ustzh fatimah Syarha..novel yg bnyk memberi 'Ibrah kepada diri nie,,utk mnjd hambaNya yg lebih bertaqwa dan menjadi seorang wanita solehah..kata2 ini ku petik dari coretan surat seorang kakak usrah kepada adik2 usrahnya...selamat membaca dan menghayati..

Adikku,
Sesungguhnya kejadianmu terlalu indah,
Tercipta daripada tulang rusuk Adam yang bengkok untuk dilindungi dan disayangi,
Bukannya dicipta daripada kepala untuk disanjung dan dipuja,
Bukan pula diciptakan dari kaki untuk dipijak dan dijadikan hamba sahaya. Lantaran daripada keindahan ciptaanmu itu,
Kau umpama sekuntum bunga yang mana harum aromamu bisa menarik perhatian sang kumbang untuk mendekatimu,
Adakah semudah itu kau ingin menyerah diri pada sang kumbang?
Renunglah pada keindahan bunga mawar yang unggul terjaga berpagarkan duri sebagai bentengnya. Dari kejauhan keharumannya mencuri perhatian. Kalaulah warnanya yang memancar indah menjadi tarikan. Namun, Lantaran pagaran duri yang berbisa itu, sang kumbang tertunduk kagum terhadap keindahan yang terjaga hinggakan ia berfikir beberapa kali sebelum mendekatinya.

Adikku,
Akuilah hakikat kejadian dirimu yang menjadi pelemah keimanan lelaki. Seandainya pakaian malu kau tinggalkan daripada tubuhmu dan perbatasan aurat kau pandang sebarangan,
Jadilah dirimu hanya sekuntum bunga yang indah tapi sayang tidak berduri.
Kau tidak layak lagi dimahkotakan sebagai si mawar berduri.
Sesungguhnya utusan Allah ada mengatakan tentang bahaya dirimu.
"Tidak ada fitnah yang lebih besar setelah wafatku selain daripada fitnah yang berpunca daripada wanita"
Adakah kau mahu menjadi penyebab terhadap terhumbannya lelaki ke neraka??
Ingatlah duhai Adikku Sayang,
Ingatlah bahawa ciri-ciri seorang wanita solehah ialah dia tidak melihat lelaki dan lelaki tidak melihat kepadanya kecuali atas urusan yang diizinkan.
Sesuatu yang tertutup itu lebih indah!!
Alangkah baiknya jika kau memelihara keindahan dirimu sebagai hadiah yang kudus, suci, mahal dan berharga buat kumbang terpilih yang telah dijanjikan Allah buatmu.
Indahnya hidup ini andai melayarinya dengan bernaungkan keredhaan Allah, bertunjang ilmu dan kebenaran, bersulam akhlak penuh menawan.
Sesungguhnya wanita solehah itu menjadi idaman setiap insan soleh bernama Adam,
"Wanita yang baik itu adalah untuk lelaki yang baik..."
Ya Allah! jadikanlah kami bidadari syurga...

#Sesungguhnya diri ini tidaklah begitu baik dan hebat seperti yg lain,,seperti mujahidah2 zaman Rasulullah SAW..akan tetapi diri ini sedang berusaha untuk menjadi seorang mukminah sejati yg cantik dan hebat dimata Illahi..dn sedang berusaha untuk menjadi seorang wanita solehah untuk insan yg bergelar ADAM yg telah Dia tetapkan untukku..dri nie berpegang dgn janji Allah di dalam surah An-Nur ayat : 26..bantuku Ya Rabbi,,untuk sentiasa memperbaiki dn mentarbiyah dri nie serta sentiasa di dlam petunjuk dn HidayahMu.. :'(
#sekadar perkongsian bersama sume sahabat2 muslimat yg ku kasih dan cinta hanya keranaNya..sama2 kte memperbaharui diri..

1 ulasan: