~assalamualaikum ini adalah cerita hatiku اهلا وسهلا ومرحبا بكم ~

Sabtu, 19 Oktober 2013

Karier Ibnu Tufail



2.1.1    Karier Ibnu Tufail

Kecintaan Ibnu Tufail kepada buku-buku dan ilmu pengetahuan mengalahkan cintanya kepada manusia lain. Hal ini menjadikan beliau seorang ilmuan dalam pelbagai bidang seperti doktor, penulis, ahli falsafah islam, ahli hokum dan ahli matematik. Beliau mendalami ilmu kedoktoran dan falsafah di Seville dan Gordova. Karier Ibnu Tufail bermula sebagai doktor praktikal di Granada. Disebutkan beliau adalah salah seorang doktor yang masyur, ahli matematik dan penyair di kota Granada. Ketekunan dan kesungguhan beliau telah mengangkatnya menjadi doktor peribadi Gubernur dan Setiausaha peribadinya untuk  2 wilayah iaitu Sabtah dan Thaniah. Seterusnya beliau menjadi doktor peribadi Abu Yusuf Ya’qub Al-Mansur Ibnu Abd Mu’min, Sultan Morocco kedua dari Dinasti Muwahhidun   الموحدون(558H/ 1163M-580H/ 1184M) .
            Pada zaman khalifah Abu Yusuf Ya’qub. Ibnu Tufail mempunyai pengaruh yang besar dalam pemerintahan. Di samping itu, beliau merupakan seorang menteri yang baik, tidak pernah kenal erti tamak atau masuk dalam dunia konspirasi yang telah menjadi kebiasaan dalam kehidupan pemimpin. Khalifah Abu Yusuf Ya’qub mencintai ilmu pengetahuan dan secara khusus adalah peminat falsafah serta memberi kebebasan berfalsafah. Disebabkan itu, menjadikan pemerintahannya sebagai permulaan pemikiran falsafah dan menurut Sepanyol, seperti dikatakan R.Briffault sebagai “tempat kelahiran kembali negeri Eropah”.

            Kemudian Ibnu Tufail mengundurkan dirinya dari jabatan beliau sebagai doktor pemerintah pada tahun 578H/ 1182M, kerana usianya yang sudah uzur. Kedudukannya itu digantikan oleh Ibnu Rushd atas permintaan Ibnu Tufail. Beliau amat percaya kepada Ibnu Rushd, muridnya. Diceritakan, “Suatu hari Ibnu Tufail memanggil saya dan memberitahu saya,” kata Ibnu Rushd dalam buku catatannya. Ibnu Tufail memintanya untuk menggantikan kedudukannya. “Saya yakin kamu boleh kerana saya tahu kemampuan kamu” kata Ibnu Tufail. Disebabkan itu, beliau meminta Ibnu Rushd untuk menggantikan kedudukannya. Namun begitu, Ibnu Tufail tetap mendapat penghargaan dari Abu Yusuf Ya’qub dan beliau sendiri hadir dalam upacara pemakaman Ibnu Tufail pada 581H.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan