~assalamualaikum ini adalah cerita hatiku اهلا وسهلا ومرحبا بكم ~

Sabtu, 19 Oktober 2013

Pendahuluan



IBNU TUFAIL



1.1       PENDAHULUAN

Dunia Islam telah melahirkan ramai ahli falsafah yang hebat dengan karya-karya mereka yang luar biasa, tetapi mereka dianggap hilang dalam kelompok masyarakat Islam pada masa kini, maka tidak hairanlah jika mereka lebih mengenali tokoh falsafah Barat dan Yunani berbanding dengan tokoh falsafah Islam.
            Beberapa tokoh falsafah Islam seperti Al-Kindi, Al-Farabi, Ibnu Sina dan Ibnu Tufail. Masing-masing mempunyai kelebihan dari sudut pemikiran mahupun karya-karya yang telah ditulis. Ini termasuklah Ibnu Tufail yang terkenal dengan karyanya, Hayy Ibnu Yaqzan. Beliau dikenali sebagai ahli matematik, ahli politik dan penyair. Beliau menjadi doktor peribadi pemerintah Al-Muwahiddin. Beliau juga melibatkan diri dalam bidang penulisan, pengadilan.
            Ibnu Tufail memberi gambaran tentang sebuah simpul sosial yang mengubah urusan situasi fikiran dari ketiadaan pancaindera menuju kepada pengasingan budaya. Tujuan utama beliau untuk menunjukkan apa yang boleh ditemui oleh intelek manusia tanpa adanya bantuan di luar dirinya yang bersifat ketuhanan yang menanamkan (pengetahuan) penerimaan idea-idea dan aktif dalam membuat pencarian seperti yang ditegaskan Al-Ghazali terhadap dirinya dan apa yang telah dilakukan oleh Aristotle ketika mengawal bukunya, Methaphysics, dengan kata-kata, “seluruh manusia secara naluri ingin mencari tahu”.
            Hal ini telah terbukti dan sesuai dengan intisari yang terdapat dalam karyanya, Hayy Ibnu Yaqzan yang dipenuhi dengan pemikiran-pemikiran Ibnu Tufail.
Itu adalah ringkasan cerita Ibnu Tufail sebagai pengenalan dan keseluruhannya akan dijelaskan di bab yang seterusnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan